Monday 23 April 2012

Jiran Part1

Sepatutnye aku tido awal mlm ne, tapi sbb aku terkejut tengok jiran aku tgh gosok baju kt tingkap bertentangan dgn bilik aku ne, maka aku terpaksa kemas dapur susun pinggan selama 10min sehingga dia selesai gosok. Aku bukan takut dgn dia, aku cume terkejut...

Saturday 21 April 2012

Kenapa Kena Lipat Lengan Baju Tinggi2

Bile aku check balik, bulan 4 punya post kurang eh. Aku rs sebab aritu aku takde sini. Pastu aku busy kerja. Aku selak-semak gambar2 lama, aku ternampak ada satu gambar baju kurung ne. Mengimbau kenangan betul la. Kejadian itu berlaku begini...

Selalunye hari Jumaat kalo aku rajin aku pakai baju kurung. Kebanyakkan baju kurung aku jenis yg tak payah gosok seterika punya. Aku capai baju yg paling atas sekali dalam beg. Masa tu aku sewa umah makcik. So, memang takde la lemari bagai. Aku malas nk selongkar beg semata2 nk carik baju kaler laen yg kaedahnye sama jugak perlu digosok. Lantas aku pakai baju kurung kuning. Baju lipat dlm beg memangla kedut abes kan. Pi gosok kejap kat depan la, pinjam seterika makcik.

Lepas aku ON seterika aku pn terus gosok belah lengan kiri. Sok sek sok sek aku pindah sebelah lengan kanan lak. Tetibe aku tengok berasap asap, aku pn angkatla seterika tu, pastu tengok lengan baju aku da berlobang. Lobang tu besar boleh muat 5 jari yang tak berapa gemuk atau pn besar siku baby. Rasa nk lenting2 je marah makcik ne punya seterika. Tapi subuh yg mulia tu kan, aku pn pejam mata jap sambil berpikir. Mula2 aku kena bersihkan seterika ne sbb serpihan baju aku melekat kt situ, tapi aku tak jumpa lilin. Seterika da ada kesan terbakar, malas aku nk sambung gosok sebahagian besar baju, maka aku pakai je, lagi pn aku da gosok yg lengan belah kiri kan, rugi kan kalo tak pakai.

Bila aku pakai, Oh my god, besar ne lobang, nk buat cemana ne. Senang je, aku lipat lengan baju sampai tutup lobang. Lobang tu kat bahagian pelipat lengan ne. So ko bole bayang aku py lengan lipat tinggi mana kan. Lepas aku berjaya nyorok koyak kat lengan belah kanan, aku pn tengok lengan kiri pulak, eh macam tak kena je. Macam sebelah panjang sebelah pendek kan, so aku lipat pulak yg belah kiri ne jadi sama pendek macam kanan. Settle! Aku terus pi keje. Sempat aku tinggal nota kt seterika tu, "XXXX, saya terbakar baju pagi tadi, nnti saya balik keje saya bersihkan seterika, sorry".


Da jarang pakai baju kurung, sekali pakai mesti la org tego kan, "Ayu la arini, tapi kenapa lengan baju tu macam pakai baju t-shirt ja", "Cantik la arini, tinggi sinsing lengan". "Tak seterika baju ke?", aku gosok la, tapi aku gosok tangan je, dia tatau aku da terbakar lengan kanan aku. Aku abaikan je sume teguran tu. Ada segelintir je yg aku bitau sebenarnye aku kena lipat tinggi sbb baju aku koyak, so jgn nk ngada2 jalan hanyun2 tangan dengan aku, nnti terbukak.

Lepas bertungkus lumus akhirnye siap keje, aku pn kuar, lalu pemeriksaan sekuriti seperti biasa. Kat sini, kalo ko nasib malang, alarm bunyi ko kena la check satu badan, tak yah la nk bayang kena bogel2 ke hapa, dia check gune mesin pengimbas ja. Kebetulan, masa aku lalu, Bip Bip Bip bunyi pulak menatang ne, damn, aku pn berkata di dalam hati, "Eh, bole kesan koyak ke menatang ne?". Tapi aku tak runsing mana pun, aku pn pi la pemeriksaan badan kat depan sikit. Aku tgk koyak masih laei tidak kelihatan, nasib baik. Sekali makcik-jaga tu scan tangan kanan aku, ke arah ketiak dan ke arah pinggang berkali2, tetibe menda tu Tet Tet Tet bunyi tak berhenti, makcik berkata, "Eh, asal bunyi ne". Aku cuak, seumur hidup aku, kalo aku kena check bunyi2 dia tak pernah nk ckp ape, ne dia bole pulak tegor kenapa kan. Aku cemas, aku tengok ramai ne orang keluar masuk, ada yg tengah beratur, ada yg tengah tunggu kawan. Ne kalo dia paksa aku bukak lipatan lengan kanan ne, abes ar sume orang tengok, mana aku nk letak muka lepas ne. Mesti lepas ne orang tak percaya cakap aku da, mesti orang cakap dalam hati dia lepas nampak aku pasne, "Eleh pakai baju koyak, haha". Aku pn dengan pantas berpikir cara menyelamatkan diri, akhirnye, "Eh kak, ne cangkuk kain baju kurung saya ne, sebab tu bunyi", sambil tunjuk pinggang (panggil akak supaya dia lembut hati). Makcik pn angguk dan aku pn cepat2 la kemas barang, sebelum dia panggil tego lengan aku mcam orang2 laen pagi tadi.

Sebenarnye baju tu ada laei, aku tatau nk buat ape, mungkin aku patut buat sesuatu sebelum aku lupe pastu aku terpakai laei pi keje.

Thursday 19 April 2012

Ubat tahan period atau haid (Umrah)

Maap, agak sibuk dengan urusan dunia. Curi masa sedikit untuk menulis demi masa depan.

[Sesuai untuk wanita sahaja]

Ada beberapa perkara yg menghalang perempuan dari beribadah. (Nk tulis direct malu).

Aritu masa perancangan nk pi umrah, tarikh tetap nk pergi tak berapa pasti. Aku runsing gile in case jatuh pada tarikh aku tidak bole beribadah. So masa da confirm je tarikh aku aku pergi klinik panel, maklumla nk ubat free. Mintak advice doktor sbb kebetulan tarikh aku kt sana, kalo ikut cycle mmg kerunsingan aku tepat. Doktor bagi pil perancang, aku lupe jenama apa dan kandungan ubat tu ape. Doktor kata aku dtg agak lambat sbb dia kata selalunye org start makan pil 2 minggu sebelum cycle. Tapi aku makan je la dan berdoa kepada tuhan supaya dengan izinnye aku berkesempatan beribadah di sana.

Hari2 sebiji, sbb nk cuti panjang, aku agak busy dengan kerja, lagi2 aku baru tukar kerja masa tu. So aku stop makan ubat, adala tgl dalam 5 bijik kot masa tu. Lepas aku stop, aku takle semayang. Adalah dlm seminggu sebelum aku fly. So aku redha je kat tuhan supaya dia stop sebelum aku fly dan aku still tak makan ubat tu. Pada hari aku berlepas, aku masih berhadas. KUL > Jeddah > Madinah. Sampai je kat Madinah, dengan izin tuhan aku sudah bole bersuci dan sampai hotel, semayang isyak sebelum berjemaah pada subuh hari. Makcik aku suruh aku sambung makan pil tu balik in case of emergency, so aku sambung makan yg lebih aritu.

Sampai Mekah, pil da abes, lepas semayang jemaah Asar aku terus singgah pi beli kt kedai arab, Primolut N. Lupe harga berapa, so aku continue makan sampai balik mesia. Since banyak lebih aritu (30biji sebotol ya), aku share2 dengan kawan2 yg bakal menjadi tetamu Allah.


Bile aku stop, alhamdulilah, takde la pulak aku bermasalah cycle tak betul ataupn terganggu. Sbb byk baca dalam web orang share dia ada masalah lepas stop makan. Makan ubat kalo tiada dengan izin Allah pn takan berhasil. Kite hanya berusaha dan berdoa. Selamat berlepas kawan2.

Laei satu, sebelum dapat Visa nnti kena amek suntikan. Injection Meningitis, tapi pi klinik ko ckp ja utk Mekah, mesti derang tau, sbb derang nk mcm resit ke hapa la. Tak sure kt klinik mana yg ada, so aku google yg Islam aritu kat Penang, Klinik Syifa Gelugor. Incase korang kt Penang, bole pi sini, doktor dia pn baik.


Sunday 8 April 2012

Vietnam Part 2 [Survival Trip]

Vietnam Part 2 mengisahkan pengembaraan kami memasuki kawasan bandar2 gelemer di sana. Lebih interaksi bersama warga tempatan dan penuh cabaran.

[Sila baca Vietnam Part 1 - Survival Trip dulu]

Day 4 - Hue

Sampai Hue dalam kul 8AM. Terang da. Aku tak tahan da nak ke tandas, tapi aku kuatkan semangat sbb kalo aku masuk tandas tu pn mungkin takde ape2 yg bole aku lepaskan. Driver bas bagi tisu basah utk lap muka, sbb takle nk gosok gigi, maka kami ramai2 makan gula2 Halls. Bas terus masuk bandar Hue dan akan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnye, tapi kami turun di sini, depan kedai makan. Turun2 asal ramai orang ne, suasana hiruk pikuk, aku risau beg aku kena amek orang. Yg si-tuan-hotel ne da mula menegur Gondol-2 sbb dia turun bas dulu. Aku kulu kilir carik beg, si-tuan-hotel ikut je bontot aku, dia ckp beg ada kt dalam kedai tunggu kt sana, tapi aku tak percaya. Rupenye mmg betul, beg sume ada dlm kedai. Trafik kt sini tak seteruk Hanoi, taxi dibyr oleh si-tuan-hotel. Kami dihidangkn dengan teh dan buah-buahan pisang, nenas dan yg satu laei aku lupe (tapi Gondol-1 ingat buah delima, buah naga, buah mangga, buah pisang, buah nenas. Dia kalo pasal makanan ingat sume). Masam nk mati, so aku tak abeskn pn. Sbb tak cukup masa nk pi survey tour, kami terus ty dia pasal city tour (USD9). Dia kata kul 9.30am, kami bergegas cuci muka sbb tinggal 1/2 jam laei. TIPS: Jangan amek dari hostel sbb derang caj lebih.


Kami dibawa ke depan Citadel. Rupanye kami join kurang satu tempat lawatan, kami miss Citadel. Ini tidak dinyatakn sblm ini. Pemandu pelancong pulak perasan ensem, pakai spek tak kena gaya, mulut cakap mcm tgh makan kuih semprit, pastu ckp bahasa dia byk gile, kami pelancong luar haram tak paham pastu disahkan oleh sejarawan kami Gondol-1, fakta dia cam penuh penipuan. Bile Gondols suruh dia terangkn lebih, buat muka. Setiapkali dia ckp aku buat tatau je. Malas nk layan si-biol. Pit stop kt jamban umah sapa entah. TIPS: Kalo ramai cukup satu kete, pi amek pemandu ikut ape yg nk tgk ja, ikut tour ne tmpt tak best merapu lebih pn dia bawak. Itu pn kalo pemandu tak tipu korang la.

Pergi Garden House Village pastu Thien Mu Pagoda. Ada 3 tomb yg akan dilawati, si-biol mintak VND55,000 sorang untuk satu tomb, padahal aku check web cume VND50,000. 2 dari 3 tomb tu membazir je lawat maka aku pn berkeras nk pi Tomb Khai Dinh ja walaupn si-biol sedaya upaya suruh kami pi. Sampai destinasi bukan nk ckp tomb yg mana, dia suruh sume org trn, pastu bile da dekat pintu masuk tu, cara dia tegur mmg kurang ajar. Kami terus pusing join pakcik-kacang (muka dia mcm Mr. Bean) dr negara C. Pakcik-kacang pn sama cam kami takmo masuk sbb tak suke tour yg menipu2 ne. Abes cover tomb ne, kami balik ke bandar Hue dengan bot menyusuri Perfume River. Ingatkn nk pi Dong Ba Market tapi sbb pasar da nk tutup plus kami berhutang solat dgn tuhan, kamu terus pulang ke Hostel jalan kaki.

Garden House Village
Thien Mu Pagoda
Khai Dinh Tomb
Incense Stick/Conical Hat Making and Perfume River
Kami trn kaunter lepas solat sbb nk settlekn pasal kereta untuk pergi Hoi An esok. Si-tuan-hostel ne kerek gile, cakap berbolak balik, dlm email dia kata USD70 satu kereta, masa ikut suka, skg dia kata smpi kul 5pm pulak. Pastu sbb kami miss Citadel pg tadi, so nk pi dulu sebelum gerak pi Hoi An. Dia kata tak bole, lps bertikam lidah ala kadar, kami melangkah keluar ty tour agent kt luar berapa bole offer. Hotel depan tu tawarkn perkhidmatan yg mcm kami nk dengan masa tambahan, cuma byrn dia USD74 satu kereta. Bile balik hostel semula bitau si-tuan-hotel kami nk cancel dia py booking terus dia kata bole bg diskaun USD5, tapi sbb perangai keji dia, aku buat eksen ckp da byr pn. Beriya gile minah tu tukar offer. Menyampah aku, padan muka!

Malam tu kami pi Nguyen Dinh Chieu Night Market. Orang tgk kitorng cam alien. Mungkin heran sbb muka mmg pelancong abes kot. Nk keluar camera tak berani sbb nampak samseng jalanan merata. Sudah kenal hati budi mereka, maka adalah lebih baik tak yah amek gambar. Harga buah tangan di sini jauh lebih murah, tapi ko jgn beli terus, ko jalan dulu sbb derang akan letak tgi terus sama cam harga kt Hanoi. Masa Gondol-2 tengah pilih nk beli beg duit kecik, ada sekor mamat ne, bau busuk arak, dok dekat2, konon2 nk buat baik. Dia angkat satu beg, "Beautiful", dlm hati aku "Sebok la kau nk beli souvenir gak nk wak pe", atas dasar faktor keselamatan dan kesihatan, kami buat tatau, aku pelan2 jauhkan diri.

Day 5 - Hue > Hoi An > Da Nang (Transit HCM)

Hari ne kena kemas laei, da nk pi Hoi An. Tapi sebab naik kereta sewa maka takde la penat nk angkut beg kulu kilir kt sana. Kul 7.30AM, kereta besar tu pn datang. Mmg betul2 bersih. Pemandu da tau jadual perjalanan so terus pi Citadel. English dia pn tungang-langgang gak, so seperti biasa kamu berborak sesama sendiri. Sampai2 citadel, sbb nk parking free, pemandu parking jauh gile dekat kawasan bas2. Betul2 dekat pintu masuk citadel, hujan turun, kami sempat carik tempat berteduh. Tak berapa ramai orang sbb mungkin awl laei. Tidak ada pemandu pelancong maupn orang nk terangkan pada kami pasal tempat ne, so kami buat cerita sendiri. Agak sayang dengan kesan tinggalan sejarah ne, cantik tapi kurang di jaga. Mungkin masalah kewangan, sbb semalam masa pi Tomb derang ckp nk upgrade tomb tu sume org kena byr tax tinggi.
Citadel and Forbidden City
Lebih kurang 9.30AM kami berpatah balik ke kereta dan ready utk pergi Hoi An. Pemandu ne mmg taiko ar, dia hon org. Kalo ko degil, dia macam angkat isyarat tangan nk kata penumbuk bukan tapi lebih kepada pelempang. Dia ne pn takle multi-tasking, bile dia rasa mcm ko bercakap dengan dia, dia pn toleh belakang. Abes sapa nk pegang steering kan? Gondol-1 dan aku yg duduk kt seat belakang ne, cube tak menarik perhatian dia, ckp perlahan2.

Hoi An ne terkenal dengan kualiti kaen sutera yg lebih bermutu dan murah berbanding bandar utama. Kami pn mmg bercadang nk beli barang seplastik dua. Sampai Hoi An, pemandu terus bawak pi kedai kawan dia, da le mahal. kaen tak cantik lak tu. Pemandu ne pelik ar, dia ikut je bontot kami, dia nk suruh kami cepat2 beli pastu pi Da Nang. Kami terpaksa halau dia pi mana2 dia suka jumpe balik nnti. Sepanjang perjalanan kami mencari sutera sejati dan murah, punya ramai penipu dekat negara ne tunjuk kaen campuran sebagai sutera tulen. Cara nk tau tulen atau tidak, ko bakar sket benang tu, nnti nampak dia menjadi abu, kalo ada campuran maka nampak macam plastik bergumpal. Skill Gondols, carik harga termurah dulu baru suruh demo bakar membakar. Kang kalo da bakar takmo beli kang dia bakar ko. Ada satu kedai ne, terus letak harga rendah masa kitrng tanya (USD4/m) berbanding kedai laen (USD12/m), terus beli kt sini. Lepas da abes sesi potong memotong kaen, dia bagi makan buah tembikai dan air mineral. Aku rs tembikai dia ada rasa colok, tatau la Gondols laen rasa ke tak. Tapi aku terus stop la.


Kat Hoi An ne, ada satu kawasan yg kite tak bole bawak masuk kenderaan, lepas tu dia gune tiket, byr VND90,000 bole melawat 5 tempat menarik.
Hoi An's sightseeing and Entrance Ticket
Hoi An Heritage Town
Kul 4:30PM, kami gerak ke Da nang. Hoi An ke Da Nang cume 30min ja. Dalam perjalanan, dengar kelepak kelepuk, rupa2nye pemandu gigit kuku, bunyi kuat gile macam pakai pengepit kuku. Lepas tu dia korek hidung beriya, cam takde menda, mungkin lap kat seluar lepas tu. Terus bagi nama si-gile-pengotor. Dia bawak pi Da Nang agak slow berbanding pi Hoi An tadi, tapi kami sedikit pn tak curiga. Dekat2 nk sampai, dia tanya, nnti kena bg dia tips utk minum kopi, makan. Kami da bayar sume dekat Hotel semalam (pada Duyen), takde tips tambahan patutnye, try terangkan kt dia, tapi dia degil. Aku sampai ugut, suruh dia contact balik Duyen cakap sama2 dengan Duyen. Bangsa dia ne kan mmg panas baran, terus nampak perubahan mendadak pada diri. Gondol-2 menambah, "Semalam da bayar kat Durian, mana ada tips tambahan", lebih kurang camne la ayat dia. Gondol-1 kat belakang, "psst.. psst Duyen la bukan Durian". Gondol-2 emo, "Arh, lantak la Durian ke Duyen". Kami senyap, cuak jugak kalo dia bwk masuk kampung pastu panggil samseng belasah kami. Akhirnya kami sampai ke destinasi. Dia da beriya mintak tips, aku pn amek VND30,000 bagi dia. Cukup la kan nk beli kopi, ko minum kopi G7 sudah.
Private Car (Hue>Hoi An>Da Nang)
Kami sampai awal kt Ga Da Nang. Ingat kan nk check tiket dulu. Tapi line beratur pn takde, maen sapa cepat dia dapat, pastu maen langgar2. Rasanya aku da terbiasa dengan perangai diorang ne kot. Pastu kami pi carik makan dulu. Beli biskut pn cari buatan Malaysia atau Singapore, cari logo halal seperti Oreo and Ritz. Neves tgu ketapi tido ne, sbb aku seumur hidup tak pernah naek ketapi tido. Tandas nk masuk kena bayar VND1,000 (15sen). Murah je pn itu bukan masalahnye, tapi si-kedekut-tandas ne berkira gaya macam ko nk lari ja. Dia bole maen rampas je duit kat tangan aku.

Kami dapat tiket asing2, 2 orang tingkat 3 kabin yang sama tapi satu laei tingkat 2 kabin asing. Tingkat 2 mahal sket tapi sbb nk adil, Gondols bahagi harga sama rata. Aku tawarkan diri utk pi yg asing tu. Ketapi kul 9.56PM tapi sampai stesen kul 11PM. Itu biasa la kan, mesia pn sama. Aku antara orang yg awl naek. Ketapi sampai, sume orang terjun landasan, seram gak aku. Sekali aku tengok ada makluk tido kt katil aku, tapi sbb org ramai nk masuk, so aku kena bagi laluan. Gondol-1 datang menyelamat, kami bergabung tenaga untuk mendapatkan kembali hak kami. Aku suruh dia bgn, si-kurang-ajar tu buat tatau je. Kwn dia mintak tiket aku, pastu kejutkan si-kurang-ajar. Still tak bangun, last2 kami panggil si-jaga-emo. Dia pn menangkan kaum dia. Dia tunjuk baby yg tengah tido dengan dia kt katil aku. Si-kurang-ajar punya laki tido kat tingkat 3 atas katil aku patutnye, dia tingkat 3 sebelah laki dia. Aku ckp ar, tak adil sbb katil aku tu laei mahal dari katil dia, dia tunjuk tiket dia yg laei mahal, si-jaga-emo ne nk cover tak kena tempat, da dia naek dari ceruk mana hujung kampung, mesti la tiket dia laei mahal, si-kurang-ajar buat tatau. Kalo si-kurang-ajar cakap elok2 aku bole je bg dengan iklas. So aku tgk da dia baring, tak mandi, air liur meleleh2, aku pn panjat tingkat 3 pijak katil sekor2 dengan kasut aku yg sejak beli tak pernah basuh tu. Sume orang tgk aku, ne kalu derang tego aku sepak bontot sekor. Weh, feeling panjat ne macam tido atas kabinet dapur weh, tinggi gile. Aku kan tinggi, kepala kena bengkok kalo nk duduk kaki lunjur, duduk bersila mmg tak lepas la. laei sekali aku rs sesuai untuk size Asia, cemana la mat saleh yg panjang2. Aku cube menerima kenyataan dan terus tido.
Ticket and katil tingkat 3

Day 6 - (Transit HCM) > HCM

Tido bangun tido bangun tak sampai2. Mengikut ramalan, patutnye kul 1PM da sampai. Aku bangun2 tengok sebelah, bole je baby ne naek tingkat 3. Ini memang muslihat derang, nk yg mahal tapi bayar murah. Aku malas turun sbb aku tatau kt luar cemana pastu laki dia ne pulak suka duduk dekat pintu. Tgh2 aku tido2 ayam, sekali aku dengar ada bunyi burung berkicau. Heran ne, aku pandang bawah, si-kuang-ajar punya laki siap bole maen2 burung laei. Ko bole bayang tak weh, kabin tutup rapat ber'ekon', dia pulak bole bwk haiwan berbulu masuk. Rupenye malam tadi da ada cume aku tak perasan. Aku terus panggil derang ne family-from-hell. Family-from-hell ne memang pengotor, aku tgk sampah teruk gile, dia pn dengan rambut penuh biskut bole buat2 cantik lak.

Gondols buat keputusan utk lepak luar kabin sambil makan biskut. Luar kabin pn depan pintu kabin Gondol-1/2 ja pun. Laluan agak sempit, pelancong laen kalo lalu takde pn nk langgar2 tapi bangsa dia ne, habis sume orang dia sapu, bahu takmo pusing langsung. Tengah2 mengumpat bahasa melayu, tetibe makcik kabin Gondol-1/2 ne, dia bangun pi bukak tudung aku dari belakang. Aku tergamam, terus "Woi woi, abes aurat aku ne", pastu dia sengih. Aku telah dicabul. Tak cukup dengan gangguan itu, ada sekali tu, aku pegang biskut Ritz sbb tu je pn makanan yg ada, makcik-selak-tudung cube rampas biskut aku sbb nk tgk plastik pembalut. Sampai sekarang aku tatau motif dia. Susah asik kena langgar ja, Gondols amek keputusan untuk sambung panjat kabinet dapur semula, aku balik kabin aku. Tetibe aku dengar orang muntah, sekali aku tgk, si-kurang-ajar tengah muntah atas katil tapi tadah beg plastik. Kembang tekak weh. Ada laei, dalam kedap udara tu, bole pulak dia beli sotong. Sume sedia maklum bau sotong kering mmg agak kuat. Sabar je la.

Sarapan/makan tengah hari kami dan katil tingkat 2
Kabin Gondol-1 dan Gondol-2 jauh lebih bersih, ada jugak bangsa dia yg bersih, peramah lak tu. Tapi Gondol-1/2 cakap derang macam ayam itik la. Gondol-2 menyamar umur 15tahun, aku lupe teknik penyamaran Gondol-1 tahun berapa. Lepas hentian Nha Trang, dua orang penumpang turun, so aku cepat2 masuk kabin derang dah tak payah aku nk jumpe family-from-hell laei. Makcik-selak-tudung ne pelawa makan anggur dia, derang makan anggur tapi kopek kulit. Makcik-selak-tudung nk keluar, ke tandas barangkali, tibe2 dia pegang dada Gondol-x tunjuk atas meja, makcik ne naseb ne negara dia, kalo mesia da kena lempang da kot.

Dekat kul 5PM baru sampai HCM, hujan lebat gile dekat luar. Yg aku heran ne, orang tukang antar pn bole naek kabin. Sedara makcik-selak-tudung ne ada 2 orang masuk kabin. Takde pemberitahuan da sampai stesen mana ke hape, main agak2 je la da sampai. Tgh2 kalut, makcik-selak-tudung ne tepuk punggung aku. Sah! makcik-selak-tudung sebenarnye ialah makcik-luncah! Aku benci!

Pintu gerabak dengan pintu masuk stesen jauh gile, da le hujan lebat, mmg basah gile. Rezeki kami murah, dapat teksi tak lama lepas tu teksi ne tak tipu (VND101,000 sampai District1).

Hostel sangat okay, cume bilik masuk air tapi tak kena harta kami. Okay, hutang dengan tuhan banyak gile, Zohor+Asar+Magrib+Isyak+Subuh+Zohor+Asar. Aku terpaksa letak tuala kecik kt bahagian lutut sbb osteophorosis. Kedai makan halal dekat ja, 10m dari hostel. Kami makan briyani ayam dan udang malam tu. Sedap dan banyak. Tak amek gambar la pulak.

Jadual memang lari gile. Plan asal ketapi cume 14jam, tapi sbb ribut semalam kami sampai selepas 20jam. Selama 20jam itu jugak la aku tahan rongga2 badan laei sekali kerana faktor kebersihan.

Day 7 - Ho Chi Minh > KUL

Kami terpaksa batalkan niat ke kawasan luar HCM sbb masa tak mengizinkan. Pagi2 kami kuar carik konon2 nk carik makan tapi kedai tutup. So kami terus pusing HCM berjalan kaki. Ada rakan senegara ckp, dia upah pemandu USD45 untuk pergi tempat2 yg kami jalan kaki je ne.
Reunification palace VND30,000
Cong Xa Pari, Notre Dame Cathedral, Post Office

Kami makan tengahari di VN Halal dulu baru pi beli belah di Ben Than Market. Agak mahal dan sedikit dari kedai briyani semalam VND555,000.

Antara barang yg bole di beli di sini ialah Kopi G7 dia mmg gelemer, kerepek nangka, biji teratai, telekung, beg, t-shirt, fridge magnet, baju kurung siap, kaen cotton, kasut, pisang kaki (Gondol-1 beli). Pandai2 la ko tawar menawar Senah. Masa beli telekung, aku saja tanya samaada dia islam ke tidak, sbb jual telekung kan, mestila suci murni. Lepas da beli sekeping dua, masa nk bla tu, bole pulak aku ckp, "Jumpe lagi eh, next time saya datang awk da pakai tudung", aku heran molot aku ne kadang2 tatau dapat arahan dari mana.

Orang kata dia beli beg Deuter original kt sana murah, terus terang aku rasa orang tu da kena tipu. Kami carik kedai tu tapi tak jumpe, so kami ty "Ne original?", cam biasa la, puak penipu mmg ramai, yg sekali tu, dia letak terus USD95 dia kata ori, pastu belek2 Gondols tengok tali cam laen macam, aku tak berapa tere Deuter, tapi aku tau Crumpler, so aku ty dia, "Crumpler ori?", dia jawap "Yes", memang silap la kan, kami terus bla camtu ja, dia terus turun harga USD50. Sori, tak layan.

Kelam kabut nk kejar masa, stop last Gondols beli t-shirt untuk keluarga. Aku pn beli la sbb duit byk tak sempat nk beli brg laen ne. Time byr tu aku terbagi VND500,000 pastu aku jalan ja. Ada satu pekedai yg baek ne, dia panggil aku pulangkan duit, pastu dia nasihatkan aku supaya berhati2. Dia panggil Gondol-1 suruh tengok2kan aku sbb aku macam baby. Dia ckp eh, bukan aku reka cite.



Kami da book teksi pi airport dari hostel semalam. So kena sampai hostel balik kul 2PM. Penerbangan balik kul 4PM. Tak sempat gile dekat market tu, so dalam kul 1:30PM kami tergesa2 nk balik hostel. Nk cepat so kami amek teksi depan pasar. Aku sangsi dengan meter, so aku tgk meter zero laei. Sampai je hostel sekangkang tu, tetibe meter dia VND270,000, bersamaan dengan jarak perjalanan dari 2 kali pergi balik dari stesen ketapi ke hostel semalam. Kami terus mengamuk. Mula2 berkeras nk repot polis, tapi si-selenga tu buat muka normal rakyat dia. Bebel gile sambil lambat2 kuar kan duit. Dalam poket aku cume ada VND200,000, Gondol-1 campak VND100,000, si-selenga sempat pulangan VND30,000. Aksi campak mencampak ne hanya berlaku bila interaksi kami bersama keturunan taxi-from-hell. Masa turun kete tu Gondol-1 hentam pintu kete kuat2, satu jalan Pham Ngu Lao derang suara.

Akhirnye kami berjaya kembali ke tanah air dengan selamat. Rasa masa jejak kaki tu nk nyanyi lagu "Malaysia kite sudah berjaya.." sambil pegang2 tangan orang sebelah, buat ombak sambil cakap "Yes! Yes!". Naek je teksi aku terus tanya, "Pakcik, apa kabar mesia?", gaya macam pergi setahun kan. Kami pn kongsi cerita kt pakcik pasal pemandu teksi kt sana, ayat akhir aku "Saya doakan diorang sume mati", pakcik terus menasihatkan kami dengan ikhlas. Aku dan Gondols tunduk kekesalan. Menyesal sbb cakap kt pakcik bukan sbb kesal doakn mereka mati.

Kesimpulannye, kami agak tertekan dengan kerenah masyarakat di sana. Tapi selalu diatasi dan diselangi dengan gelak tawa kami sesama sendiri. Tidak jugak kami lupakan saat indah di sana, bersama beberapa orang Vietnam yg baik hati. Tidak begitu terikat dengan plan, dan kami berjaya jimat dari budget asal walaupn begitu banyak dugaan berlaku. Tak sabar nk tunggu percutian seterusnye.

Saturday 7 April 2012

Vietnam Part 1 [Survival Trip]

Weh weh, lama da tak tulis. Letih sampai je, terus serabut dengan kerja. Aku panggil percutian kali ini ialah Survival Trip ataupn Percutian-Kemampuan-Bertahan. Perjalanan kami melalui Hanoi > Ha Long > Hue > Hoi An > Da Nang > Ho Chi Minh selama 7 hari.

Matawang: Vietnam Dong (VND)
Jam: Awal sejam dari Malaysia
Cuaca: Mar/April baru lepas musim sejuk, kawasan selatan laei panas dan hujan

*Ini berdasarkan pengalaman saya dan kawan2, anda mungkin berbeza kerana orang kata Ini Bahagian Masing-masing.


 Day 1 - KUL > Hanoi

Awal2 laei da bernasib malang, kami kena tinggal dengan flight-pergi-mati. Sebenarnye kami sampai awl je kt airport, tapi sbb ada kekeliruan, banyak sgt queue so ingatkan sume org tengah tgu sbb flight-pergi-mati ne selalu je delay2. Lepas tu si-check-tiket lak, awl2 da bla, mmg ingat lama laei la tgu. Sedar2 ja, kami lari pi line yg ada si-check-tiket, mamat ne kerek gile, Gondol-1 da start letak tangan atas kepala, aku pulak blur2, "Eh, abes kite cemana ne?", dalam kepala pikir alamak cemana nk pi ne, plan sume da ready, kalo aku tak blur mungkin statement aku masa tu macam ne, "Weh mat, ko tengok tak Final Destination1, kalo flight tu terhempas, pastu kitorng yg tertinggal ne dihantui maut, aku mati, aku cekik ko. Ko ingat ko ensem?"

Dengan penuh hiba, aku ajak Gondols carik port, pastu pikir apa plan. Gondol-1 da terbayang2 kena masuk opis, Gondol-2 kesian kt aku sbb sia2 datang KL. Kalo cancel karang rugi gile, seminggu amek cuti tak ke mana, nnti kalo orang ty2 mana nk letak harga diri, sbb satu kampung da tau ne nk pi sana. Argh, duit bole carik, kite terbang jugak! Hasil pencarian dengan telefon canggih, MH yg paling murah (Rm5++ one way ya) pastu ada penerbangan petang tu jugak. Kami terus pi KLIA (Masuk2 je counter tiket, si-jaga terus tekan beratur kategori "Economy", woi ape ingat orang takde duit ke. Duit ada la, tapi simpan nk pergi South Africa tengok zirafah. Aku jeling dia sampai tak nampak mata hitam, tinggal mata putih je.

Sampai Hanoi, hostel punya orang da arrange individu pi amek kitorng. Gondol-1 da buat sume booking utk tido sepanjang percutian ini. Individu ne tak reti English, so lepas percubaan berborak sebanyak dua kali, Gondols amek keputusan untuk diam sahaja dan berborak sesama sendiri. Drive sebelah kiri, so agak cuba memahami traffic di sana. Sekali individu ne pi masuk lane bertentangan masuk laluan motor, tak laju mana pn, dia buat tatau je kereta dari arah depan, budget dia tgh rempit motor, lebih kurang 100m dia masuk simpang kecik. Rupanye2 nk pi pam tayar ja. Aku takut kena tipu, aku buat2 tengok sekor2 konon2 tgh ingat muka derang kalo ape2 aku report polis. Dalam perjalanan, nampak ada pergaduhan di tepi jalan, 2 orang mamat tumbuk beriya (Keganasan1).

Sampai2 je hostel di Old Quarter, owner cakap bilik da kena bagi orang laen, tapi dia transfer kami masuk hostel laei satu, katanye bilik kt hostel ne laei mahal. Nasib tak berapa malang sbb hostel kena pindah tu mmg best. Lepas semayang, kami terus turun nk booking pasal Day Tour Ha Long Bay. Gondol-2 punya budget pn memang area tu pn, so kami agree. Tanya laei pasal bas/train nk pi Hue, minah ne kata naek bas-tido laei jimat (USD18) versus plan asal naek train USD40. Tanya lebih laei pasal train dari Da Nang pi HCM sekali, dia terlepas cakap USD54 untuk 4orang satu cabin. Ne kire tiket ketapi yg paling mahal la ne, katil lembut. Tapi minah ne kena pi beli dulu. So settle sume transport da booking.
Kangaroo Hotel
Malam tu kami pi jalan kaki ja Water Puppet Show dekat Dinh Tien Hoang. Tiket masuk VND60,000, nk bawak kamera tambah VND20,000. TIPS: Takyah bayar utk kamera pn sbb dia tak check. Ada 11 storylines dan memang berbaloi pergi. Gondol-1 stress tengok show ne sbb dia busy pikir pasal cemana patung bole gerak2 sedangkan bwh tu air. Lepas show pi carik makan area tu jugak, pastu balik jamak semayang pastu tido.

Water Puppet Show

Day 2 - Ha Long Bay

Semalam masa tanya hostel, tulis dalam katalog USD35 tapi dia kata dia bg diskaun USD28 termasuk kayak (USD4). Tgk dalam web pn derang kata rate tu. So kul 730am, tour bas kami sampai. Ada 2 group, satu pi balik hari, satu laei tido sana, since kami balik hari, sampai je kt jeti kena ikut group laen. Penuh jugak la bas dengan penumpang, ada rakan baik dari negara I terpaksa duduk sebelah kami sbb kaki dia panjang, kalo dia duduk dekat kerusi depan Gondol-1 dan Gondol-2 nnti kaki dia bersepah2 tak tau nk letak mana. Penipu haram kan, tanya derang kata 2jam perjalanan tapi sebenarnye 5jam perjalanan termasuk berhenti kt R&R mana ntah. Naek boat besar siap tempat duduk, lepas tu derang terus hidang makanan. Sebab kami mintak vege, so atas meja penuh dengan kobis. Permandangan cantik cume cuaca agak mendung so kaler air tu tak berapa nk cantik. Tapi aku feeling macam dekat Tasik Kenyir ja. Sampai kampung nelayan secopot tu, derang suruh pi kayak, sbb kami nombor ganjil dan kepakaran kayak yg tak seberapa, adalah lebih wajar naek sampan kecik bersama rakan berusia 60+ supaya dapat menikmati permandangan dari bergado dengan pendayung dan ombak. Menurut rakan baik dari negara B, dia dan rakan nye buang masa mengayuh menghentam batu dan tidak sempat mengcover kawasan yg sepatutnye. Gondols membuat pilihan yg tepat. Lepas 2 jam berlegar2, bot kami bergerak ke Thien Cung Grotto. Pemandu pelancong ne aku heran sket, pung pang pung pang bagi taklimat, tetibe dia marah Peter. Asal marah Peter? Sampai sudah aku tatau kenapa. Gondols terkebil2. Pastu mungkin penggunaan ayat yg salah, silap pulak Gondol-2 pergi buat eye contact dengan dia terus kena ty, minah tu marah lepas Gondol-2 jawap "I don't understand what are you trying to say". Gua ne laei besar dari gua yg dekat Kenyir tu, banyak pulak lampu2. Yg aku heran, minah ne tunjuk mcm2 bayang konon2nye perempuan cantik la, baby la, ular la. Aku pn bole maen petik ja.
Ha Long Bay
Perjalanan balik makan masa yg sama, masa dekat R&R tetibe ada rakan senegara dari M tegur, terus cakap bahasa melayu. Derang cover Hanoi ngan Ha Long ja.

Sampai hostel terus cekidot pasal booking yg semalam beriya adjust. Mamat blur tu cakap tiket ketapi mahal gile, USD62. Mula2 kan dia ckp USD54. Aku da muka merah2-hitam (sunburn pagi tadi), terus berkomunikasi dengan intonasi tegang gitu. Orang sana kan panas baran, mamat tu pn terus tunjuk perangai sebenar dia. Kami berkeras nk kan penjelasan kenapa tiket mahal, bos pompuan dia datang ckp salah paham, so dia akan settlekan kite bayar berapa yg da janji. Time makan mmg topik ne la pung pang pung pang. TIPS: Jangan booking ape2 dr hostel sbb sedaya upaya dia akan cube mencaj lebih.

Carik tempat makan halal. Dari website sume tak betul, jalan cam nk pengsan tak jumpe2, nasib baik ada satu family ne, mungkin nampak macam kitorng hilang hala tuju, bapak dia sebut, "Ma-Kan", muka garang gile tapi dia tunjuk direction so rsnye dia cuba membantu. Nama kedai tu Nisa Restaurant dekat Hang Tre Street. Kami try makanan tempatan Pho (sebutan Fer) rsnye seperti kuew tiaw sup dengan coke (VND70,000). Sedap so kami makan sampai licin. Balik hostel qadar semayang, jumlah rakaat menyamai Tarawih di bulan Ramadhan.

Camera Gondol-2 disahkan tenat pada malam itu.
Camera Gondol-1 hanya digunakan untuk merekod gambar kesyirikan yg berlaku di dalam Grotto.


Day 3 - Hanoi > (Transit) Hue

Nk lintas jalan kt negara ne macam nk pergi perang, doa siap2 selamat sampai ke seberang. Trafic light merah pn derang langgar ikut suka, one way pn bole jadi 3 way, pin pon hon suruh orang ketepi mmg alergic la melintas jalan kt negara ne. Kami berganding bahu, sorang tgk kanan, sorang tgk kiri, sorang jaga depan dengan belakang. Pastu macam kena jerit2 sket, "Kiri ok!" "Kanan ok!" "Jap2 depan ne ada motor!". TIPS: Ko jalan je, pandai2 la derang mengelak, aku tengok rakyat dia rileks je jalan buat tatau. Ada sekali tu, sekor mamat ne pi langar belakang motor mamat laen, tak jatuh pn dia, calar pn tidak, dia pusing belakang, tendang motor mamat belakang (Keganasan2).

Dari kiri: Aku, Gondol-1, Gondol-2. Lukisan ikut ketinggian sebenar.


Orang kata Dong Xuan Market dia best, tapi Gondols perlukan 1/2jam je untuk justify yg market tu tak sebest orang ckp. Sepanjang perjalanan ini, kami merasai Hanoi agak mahal kalo nk beli buah tangan. Tapi kami ada juga sapu barang seplastic dua atas sbb prinsip, beli je ape yg suka kang kalo da sampai HCM menyesal padan muka. Kami berjalan kaki je ke French Quarter, cam nk pengsan. Cube carik kedai makan Halal kat sini tapi takde, alik2 pi balik Old Quarter untuk makan tengah hari.
Old Quarter
Dong Xuan Market
French Quater
Ptg tu bersiap2 nk naek bas-tido. Neves ne sbb tak pernah naek seumur hidup. Beli biskut siap2. Nak naek kena bukak kasut, nnti dia bagi plastik simpan kasut. Ada 38 tempat tido, dua tingkat. Sapa naek dulu kena pi penuhkan belakang. Sesuai untuk size orang Asia kot sbb muat2 je aku landing kaki, aku tgk mak saleh kaki terjuntai2. Ini pertama kali kami beinteraksi secara langsung dengan warga tempatan. Derang agak laser, ada sekor makcik ne pi tegur sorang pelancong pasal kaki berbau, sbb tak reti ckp omputih dia gune isyarat tangan dan hidung. Ada satu masa tu, dia tengok muka aku beriya, aku malas pandang kalo pandang pn mungkin aku buat tektik hilangkan mata hitam, sbb masa Gondol-2 cube senyum ngan dia, dia buat muka kerek. Kami suspek dia jugak la yg curik air mineral Gondol-2 masa dia tgh tido. Akibat faktor kebersihan yg sangat takle bla kt tandas bas maupn R&R dia, aku berjaya tahan nafas dan segala rongga badan selama 11jam.
Sleeper Bus (Hanoi > Hue)

[Okay, sambung Vietnam Part 2 - Survival Trip]