Saturday 19 April 2014

Kad Parking Hilang

Hari ini hari Sabtu. Suara sengau2 sbb tak sihat. Sambil tgu kete service da baca buku, terasa nk tulis. Mungkin sekarang peminat da kurang sbb aku malas.

Pernah hilanh kad parking? Ini tak normal utk aku sbb aku jenis suka letak menda kt tempat yg sama, mana mungkin hilang kan. Mana mungkin mana mungkin phn da dua kali aku hilangkan. Satu time aku beli phone baru, tergedik2 nk mati, makan tak lalu, cakap laju2, bole pulak da bayar kad parking tertinggal kt slot lupe nk amek. Sebagai ganjaran, bayau le rm30 kerana kecuaian. Bukan aku cuai pun kan, ne sebab aku tak sabar nk fast forward balik opis nk godek2. Moral: kalo ko da plan nk beli sesuatu yg ko suka, jgn la memandu pada hari itu, sila tumpang kawan, naek bas awam atau jika perlu jalan kaki ja.

Kad parking kedua aku hilangkan ialah kad parking umah. Ne yang paling tak paham. Sbb aku takde terkinja2 excited sampai lupa letak mana kan. Selalu di tempat yg sama. Puas aku selongkar, takda. Aku call akak aku yg konon dukun zaman purba tu suruh kira jari, dia ne kalo barang hilang, kira2 jari sket dia bole bitau hilang kt mana. Dia kata kt tempat biasa jugak tapi still x jumpe kan. Aku pun kena uprev usaha ne, aku pi antar cuci kete di luar jadual. Selalu cuci kereta satu quarter sekali ye, ne dlm masa sebulan jer. Bajet cleaner bole jumpe la kan. Tak pun rugi rm10. 

Hati rs gundah gulana, perasaan bercampur baur, makan tak kenyang (gemuk je), mandi tak basah (menipu hari2 aku berus lantai) etc. Ini sume sbb kad hilang nk suruh pakcik bukak aku malu. Rasa mcm melukut ditepi gantang. Pakcik parking mcm nk mara da kan, asik kena bukak ja. Dia kata org tego sbb takde kad. Penipu le tu, dia malas tu aku rs. Pastu dia offer belikan kad kt admin utk aku. Rm30 jugak ye, pastu aku rasuah dia ngan wafer coklat. Sampai sekarang kalo terserempak ngan dia aku rs serba salah nk senyum ke takyah sbb aku pemalu.

Tak lama selepas itu, KAD ITU WUJUD SEMULA!!!!!! Itu namanye takde rezeki. Sekian.