Monday 20 March 2017

LaCarbonara, Bayan Lepas

Aku pengemar carbonara, maka aritu aku ternampak ada org post pasal kedai ne. Maka aku dan si gembeng pi try kedai ne.

Kedai:
72-1-9 Arena Curve,
Jalan Mahsuri,
11950 Bayan Lepas, Penang.
017-560 2831

Waktu Operasi :
Weekdays 11:00am - 2.30pm and 6:30pm - 10.00pm
Weekend 11:30am - 10.30pm (Tutup AHAD)

Lokasi: 
Kedai dia dekat dengan Syed Bistro, Olive Tree Hotel dan betul2 bertentangan dengan Arang Coffee.

Parking:
Parking banyak. Yg free tu ko park tepi jalan dekat2 area Syed Bistro atau Arang Coffee, tapi selalu penuh la area sini. Kalo ko park dalam kawasan dia, parking baru RM1, entrance nk masuk kawasan sini ialah bertentangan dengan kedai depan Dpiaza tu. Kitorng pusing cam mabuk la nk carik entrance parking dia ne.

Lain2:

Kedai ne baru je beroperasi. Memang interior dia clean. Meh tengok review.




Tak dpt try menu laen, so tak aci nk judge yg laen. Yg kitorng makan tu set lunch sedap dan murah. Tak sure set lunch ne ada hari2 ke on weekdays ja. Yg bukan set, main course punya price range dalam RM20+, standard western kot. Kitorng try set lunch RM19.50, menu adalah seperti di bawah siap free ice lemon tea:

Satu je pilihan appertizer, tomato soup, sedap

Ne bole pilih Breaded Chicken Fillet atau Spaghetti in cream sause. Kitorng makan spaghetti je aritu, sedap tapi takde haiwan.

Satu je pilihan dessert, Tiramisu, sedap.

Tuesday 14 March 2017

Bina Stamina dari Zero

Sejak zaman sekolah dulu, aku mmg bukan peminat sukan. Sekolah rendah, aku rasa bole bla laei la tahap kecerdasan, sbb kalo lumba lari aku bukan yang last. Time nk sukan mesti ada kumpul markah kan, masa tu sume budak kena buat sume menda, lontar peluru la, lompat tinggi la mcm2. Aku cam biasa la kan, terpaksa, kalo lompat tinggi tu tak lepas langgar palang, lompat jauh pun siap bole berdiri kaki tegak je. Sebenarnya kan aku mmg tak pandai lompat, kan ada org amek gambar lompat tu kan, aku tak pernah pass. Rentas desa pn aku separuh nyawa nk abeskan, pi kedai beli air la gula la.

Masuk sekolah menengah, laei ntah pape da aku. Kalo maen bola pn, beriya aku pakai bib takde sapa nk bg bola. Bile derang point kat aku, aku da neves, tak pernah dapat bola, sama ada tinggi sgt atau ke tepi. Pendek kata mmg takde sapa nk passing bola kt aku time bola jaring atau bola baling. Petang2 dulu aku selalu maen badminton ngan pakcik sedara, mereka muda laei, 10 tahun beza dr aku. Maen bergu kan tak pasti aku menyumbang ke tak dalam permainan. Sungguh pun begitu, aku bukan la bangkai bernyawa, aku contribute pingat jugak setiap tahun utk sekolah dalam sukan yang bukan sukan aku rs, chess.

Sekarang umur aku da 30+. Dalam usaha mengenali dan memperbaiki diri, aku rs mcm kena buat sesuatu. Aku rs kena start bersenam. Sblm ne aku ada pi hiking, tapi sejak aku kena kejar anjing takut da nk pi, pastu kebetulan tmpt yg aku selalu pi ada kes org bunuh diri dan ada org terjumpa cobra. Terus aku tak pi da, last mungkin 5 tahun lepas kot.

Kenapa bersenam? Dari pembacaan, bersenam bole buat jantung sihat, penafasan bertambah baik, kulit bertambah cantik, mengelakkan Alzheimer/pelupa, emosi stabil kurang la sket nk mara2, bole jadi kurus, happy sbb aku ada goal nk capai dan aku bole makan byk sket sbb aku bole burn kalori. Kenapa aku pilih jog sekarang? Sbb aku bole jog di mana2 kalo hiking aku ada tempat dan masa terhad, dan yg paling utama aku tgk kawan2 aku kurus kering hasil berlari. Maka aku terpengaruh. 

Bayangkan eh, bertapa susahnya nk start usaha aku ne, tak pernah bersenam dan stamina punya teruk. Nak habiskan satu tiang lampu pn tak bole, tak smpi 100m kan tu. Masa cubaan pertama jog , mak aku baru kuar dr wad, so aku bwk dia jalan2 kt park, aku suruh dia duduk konon nk jog la, mmg down gile sbb org sume non stop. Esoknya, aku datang laei, aku bole buat 2 tiang lampu da. Sbb nampak perkembanagan cam ne la aku rs makin suka lari. Sekarang aku bole 1.5km non stop (setelah 3bulan). Kwn2 aku rmi kaki jog, beza derang jog kt gym, aku tak reti guna treadmill maka aku pi lari outdoor. Derang ada instructor, so aku tiru je apa instructor ajar derang.

Instructor cakap:

  1. Makan kena cukup, aku happy la sbb nasi bole makan supaya ada tenaga nk lari. Ne memang betul, ada sehari tu aku puasa day before buka tak makan banyak, aku kelaparan masa lari, tak le nk abeskan normal routine. 
  2. Sport attire kena betul, pompuan kena la pakai sport bra (ko paham2 je la). Kasut kena betul, kalo tak nanti kuku sakit la tapak kaki sakit la. Buat masa ne aku pki je trainer yg aku ada, aku tgh berkira2 nk beli runner shoes sbb tapak tebal. Hah sambil aku type ne mungkin aku bole set goal kalo aku bole lari non stop 2km aku belikan diri sendiri sepasang kasut best. Da tua ne kena jaga sket tulang belakang. Aku perasan masa umrah dulu byk jalan pki stokin je, sakit pinggang.
  3. Beginner cam aku kena set short term goal, contohnya nk lari 500m non stop atau 1km non stop, pastu pelan2 panjangkan masa larian dan kurangkan waktu berjalan in between. 
  4. Tak bole setiap hari lari kena bagi badan rehat. Aku try puasa Senin dan Kamis, so hari2 laen tu aku try la lari sket2. Hari ada meeting aku skip la.
  5. Nak lari pagi atau petang bole aja, ikut keselesaan. Aku jenis morning person, so lepas subuh aku lari kejap. Ada satu doktor tu ckp, pastikan kena matahari sket supaya dapat Vitamin D untuk kalsium, kalo tak sia2 minum Anlene. So skg kalo aku lari pg aku akan pastikan kena matahari pagi sket.
  6. Ada jugak org nasihat, try buat 20km seminggu selama beberapa bulan utk biasakan diri, 20km tu bukan sehari lari 20km, tp bole la buat larian pendek byk kali dlm seminggu.
  7. Ada laei satu nasihat (ne budak full marathon cakap kt budak half marathon, budak yg tak pernah lari melopong dengar je), kalo nk lari laju kena turunkan berat badan laei supaya ringan. Ne aku percaya gak sbb masa aku tembam sket dulu, rs setapak aku langkah kalori burn aku laei byk dr si kurus. Punya susah nk angkat badan rasa.

Kesannya, last weekend event pertama aku lari, 6km, aku train tak pernah sejauh ne. So tatau caner keadaan aku lepas lari mula2, aku siap ckp kt kwn2 aku tanak drive sbb aku takut lutut aku jelly. Hari sebelum tu aku siap pi gunting rambut bajek nnti ringan la sket nak lari. Dinner tu aku makan nasi siap2 supaya sok pagi tak lapar, beli pisang kt pasar malam utk breakfast. Malam sebelum lari tu masuk tido awal sbb kena bgn pg tapi mmg tido tak lena baq hang. Bgn pg aku terus makan pisang, minum susu dan air byk2 sementara terkedek2 kemas katil sbb aku takut aku nk buang air masa lari nnti. Yang paling neves ialah beberapa min sblm flagoff tu, macam2 dalam pikiran. Aku tak bercakap, aku senyap je. Tp lepas lari semuanya ok ja, kwn2 aku da laju kt depan, aku lari je la sorang2. Menurut catatan, aku 10mins awal dr masa latihan, mungkin sbb org lari aku pn terpaksa lari, ada yg aku terpaksa lari sbb ada kete nk langgar bontot aku. Yg laen aku berjalan laju je. jalan je pn bole potong orang weh.

Sudahnya, aku ada register 5 laei acara larian untuk tahun ne (mungkin 6 sbb satu tak open laei). Paling jauh 10KM. Tahun pertama aku target pendek2 sudah supaya niat tak mati di tengah jalan. Register run lak tak murah ye. Doakan la aku bertahan lama dengan sukan ini. Mungkin lama sket kot, sbb aku ada ramai kawan yg sama minat.

Poyo kan, terus berangan nk penuhkan hanger. Yg first tu dpt masa hot air balloon kt Turkey, 2nd tu 4.5KM Fun Walk, tu yg last tu 6KM Fun Run. (hanger beli kt IKEA)


Monday 6 March 2017

Kesum Art Restaurant, Georgetown Penang

Semperna belated birthday aku, kawan aku belanja makan dekat kedai ne. Dia tanya aku nk makan kt mana, aku pn google2, ternampak kedai ne. Jom review.

Kedai:
57, Stewart Lane, 
10200 George Town,
Penang, Malaysia.
04-262 5757

Waktu Operasi :
11:30am - 6.30pm (Tutup JUMAAT)

Lokasi: 
Kedai dia dekat corner. Dekat dengan Volchkova Fisherman Mural (Street Art), Kuan Im Teng Temple. Sebelah Kebaya Restaurant. Guna Waze ke google map sume betul.

Parking:
Ne mencabar agak sket, susah nak dapat depan kedai betul2. Maka ko pusing2 la kt area situ dua tiga kali, jalan kaki la sket. Make sure letak tiket parking yg gores (RM0.60 sejam) tu sbb sini kawasan rajin ke saman. Kalo ko parking membabi buta kt tempat haram, jgn terkejut kalo kena clamp (RM50) atau kena tarik ngan lori. (same je review mcm Lagenda/Table sbb kedai dia dekat sebelah tu je)

Lain2:
https://www.facebook.com/KesumArtRestaurant/

Sebagai seorang warga Johor, masakan Johor kena la benchmark mak aku. Sbb mak aku pandai gile masak. Masa kecik2 dulu asal kenduri keluarga je mak aku masak. Mak aku lak jenis rajin, ngan kitorng2 sekali ke angkut tolong masak. Skang dia da tua, tatau sapa yg ada bakat tu, aku mcm tak pandai sgt, tapi makan aku pandai.

Kedai ne dua tingkat, deco sgt exclusive, best sejuk ekon kuat. Atas ada galeri, kalo ada special event bole guna area atas dalam 12 orang. Kitorng try set dia, ada apertizer + menu utama + dessert (RM23 dan RM27).
Sebahagian dari menu dan harga
Deco tingkat bawah banyak painting.
Appetizer - Sate Ayam 
Apertizer - Gado Gado  (sedap)

Laksa Johor - gune spaghetti tapi aku laei suka kalo laksa beras. Ne set yg RM23. 

Mee Udang. Udang besar. Ne set RM27.
Dessert - pulut hitam ngan pengat pisang (sedap)