Suka makan tapi malas senam. Suka jalan tapi happy termenung. Suka beli tapi tak suka bayar. Pendiam tapi suka bebel. Cuba teka siapa saya?
Friday, 14 June 2013
Monday, 10 June 2013
Hari ini pecah rekod
Sekarang musim hujan, sama cam aku, musim tulis blog. Sila la paham.
Arini aku berjaya pecahkan rekod Tidak-Ke-Tandas-Langsung. Yuhuuuu. Ko ingat senang ke nk buat ne. Lepas kul 5 aku terus bergegas balik umah, semata2 nk pecahkan rekod, tak bole bla kan.
Ekon sejuk gile, hujan mendung kat luar, Cool beb.
Sunday, 9 June 2013
Rumahku bocor lagi
Aduh, sedih hati runsing bile umah bocor. Tempat yang sama pulak tu. Aritu da betulkan tapi tak ok laei nampaknye. Maka aku pun tulis email kepada management, seperti di bawah:
"Salam,
Saya dapati rumah saya bocor di tempat yang sama seperti laporan-laporan sebelum ini. Plaster ceiling saya telah rosak dan saya runsing. Sila datang buat pemeriksaan di rumah saya secepat mungkin.
Saya juga ingin membuat laporan, bumbung zink bising sewaktu angin kuat, seperti di penempatan setinggan. Ini amat menganggu saya dan saya mahu ialahnya di selesaikan secepat mungkin.
Sila maklumkan kepada saya sekiranya pihak tuan menghadapi kesukaran untuk membaiki kerosakan yang saya laporkan, ini akan memudahkan pihak saya untuk membuat tindakan selanjutnya."
Cincowaaaa betul la. Susah betul nk karang ayat2 weh. Ada sorang pompuan ne, aku suruh dia check email aku ne, garang ke x, emo ke tak, bole pulak dia check tatabahasa aku, pastu suruh aku beli buku bm bagai.
Kalo derang ignore aku, takde cara laen aku terpaksa pi tribunal. Nnti aku share next step ape, sbb aku pn tak pernah pi tribunal.
Subscribe to:
Posts (Atom)