Tuesday, 5 June 2012

Beli Tilam

Maap, prestasi menurun sejak akhir2 ne. Sejak2 ada tivi baru ne malas pulak nk bukak laptop. Bile malas bukak laptop, maka jarang da bukak blog. Tapi saya akan teruskan menulis sbb nnti saya lupe. Nnti bile da umur 50tahun nk beli tilam, da lupa cara2 dia cemana. Bile da tua, nk tanya org sebelah cemana nk beli tilam, nnti kena pandang serong, lepas tu nk demo2 baring nnti, kena marah dengan penjual sbb uban gugur sepah2 atas katil.

  1. Rasa ke-empukan tilam: Empuk ye, bukan hempuk. Hempuk tu digunakan bile bergado dengan jiran rebut tukar speed kipas. Empuk itu ialah ape yg ko rasa bile baring atas tilam itu. Ada orang suka yg lembut, bile ko baring tu ko rasa cam badan termasuk kt dalam tilam. Bile baring tu, nnti orang tak nampak da, carik2 mana ko, itu kalo lembut sgt la. Kebanyakkan orang Asia, suka yg keras, aku pn suka yg keras, sbb bagus utk sokongan tulang belakang. Kire kalo tido tu badan tegak, ala-ala tido atas lantai.
  2. Bagaimana nk rasa? Ne senang je. Ne mmg hobi aku da kawan2, tiap kali ada homedec ke perfect living ke, ne mmg acara yg paling suka sekali la. Asal penjual hulur kertas iklan je, ko ckp "Nak baring bole?" Pastu ko baring, angkat dua kaki sekali letak atas katil. Kejam mata, bayangkan ko tengah tido dlm bilik. Nk test tilam duduk je tak cukup ye. Sbb aku rs badan lebih sensitive, dan aku pulak measure berdasarkan keselesaan tulang belakang aku ne. Ne utk rege sekitar ratusan hingga 3 ribu punya katil la. Kalo yg lima ribu ke atas tu, sila tido seround, tgk ko suka tak.

No comments:

Post a Comment