Monday, 12 June 2017

D'Dusun Corner, Bukit Mertajam


Tahun ne turn Geng Tong Tong datang Penang buka puasa sama (Geng Ipoh hari tu sebenarnya, StudentTua, anak dan bini Warak2, Gemuk, Blur dan Jessy, derang sebok nk tong tong carpool datang Penang). Da 2 tahun kitorng pi KL, so tahun ne tukar turn. Tp kesian lak tgk yg kena travel dr Pahang tu. Tahun depan pikir balik la caner nk buat rotation. First night makan buffet hotel, tp kecewa dengan makanan yg disediakan dekat hotel tu, harapkan harga je mahal. So semalam lepas pi Design Village, atas persetujuan semua kitong pi try selout. Tak bole eja SHELLOUT sebab Blur cakap nama tu da kena pattern, so nama dia sebut semalam aku dengar je dr belakang Serakan-Atas-Meja. Nama da macam komik gado gado kan.


Kedai:
D'Dusun Corner,
Jalan Gajah Mati
Bukit Mertajam
014-328 9942

Waktu Operasi :
Aku tak sure, ko call la tanya
Buka puasa 2017, dia bukak call utk booking dr kul 3pm. 

Lokasi: 
Ko guna je waze, lokasi dia betul, memang mcm lalu kawasan2 kelapa sawit sket.
35min dr Bayan Lepas.

Parking:
Ada dekat kawasan kedai, aritu ada 10-11 kete bole parking dlm kawasan kedai, mungkin kalo susun elok2 byk laei bole park.


Lain2:

Ada surau, disediakan, tapi tak bahagi laki pompuan so ko pandai2 la arrange. Kalo rasa takut kunci pintu (mcm Gemuk), nk tercabut tombol aku pulas sbb aku ingat pintu rosak takle masuk. Nah tengok review. Lupa lak nk amek gambau kedai.


Ne la rupa Set Combo RM65 - Ikan Siakap bole pilih nak masak 3rasa/stim, Ketam kecik 4 ekor, Udang sederhana besar 4 ekor, Sotong 5 hirisan, Lala dan kepah 2-3 mangkuk, nasi 4 mangkuk, air sirap satu jug, hirisan lemon, lobak, brokoli, jagung kecik dan kobis pokok.


Ne selepas aku serakan atas meja. Dia ada 3 perasa, percik, black papper ngan cili padi. Kitorng order percik, tapi aku rs yg sampai tu cilipadi la sbb pedas gitu je.



Ko kire la sendiri, aku da lama tak makan kt kedai. Hasil google aku rs siakap sekor je da RM20-30 eh? Rasa masakan aku rs biasa je, jangan kecam aku, sekian.


No comments:

Post a Comment