Monday 6 March 2017

Kesum Art Restaurant, Georgetown Penang

Semperna belated birthday aku, kawan aku belanja makan dekat kedai ne. Dia tanya aku nk makan kt mana, aku pn google2, ternampak kedai ne. Jom review.

Kedai:
57, Stewart Lane, 
10200 George Town,
Penang, Malaysia.
04-262 5757

Waktu Operasi :
11:30am - 6.30pm (Tutup JUMAAT)

Lokasi: 
Kedai dia dekat corner. Dekat dengan Volchkova Fisherman Mural (Street Art), Kuan Im Teng Temple. Sebelah Kebaya Restaurant. Guna Waze ke google map sume betul.

Parking:
Ne mencabar agak sket, susah nak dapat depan kedai betul2. Maka ko pusing2 la kt area situ dua tiga kali, jalan kaki la sket. Make sure letak tiket parking yg gores (RM0.60 sejam) tu sbb sini kawasan rajin ke saman. Kalo ko parking membabi buta kt tempat haram, jgn terkejut kalo kena clamp (RM50) atau kena tarik ngan lori. (same je review mcm Lagenda/Table sbb kedai dia dekat sebelah tu je)

Lain2:
https://www.facebook.com/KesumArtRestaurant/

Sebagai seorang warga Johor, masakan Johor kena la benchmark mak aku. Sbb mak aku pandai gile masak. Masa kecik2 dulu asal kenduri keluarga je mak aku masak. Mak aku lak jenis rajin, ngan kitorng2 sekali ke angkut tolong masak. Skang dia da tua, tatau sapa yg ada bakat tu, aku mcm tak pandai sgt, tapi makan aku pandai.

Kedai ne dua tingkat, deco sgt exclusive, best sejuk ekon kuat. Atas ada galeri, kalo ada special event bole guna area atas dalam 12 orang. Kitorng try set dia, ada apertizer + menu utama + dessert (RM23 dan RM27).
Sebahagian dari menu dan harga
Deco tingkat bawah banyak painting.
Appetizer - Sate Ayam 
Apertizer - Gado Gado  (sedap)

Laksa Johor - gune spaghetti tapi aku laei suka kalo laksa beras. Ne set yg RM23. 

Mee Udang. Udang besar. Ne set RM27.
Dessert - pulut hitam ngan pengat pisang (sedap)



No comments:

Post a Comment