Showing posts with label Family and I. Show all posts
Showing posts with label Family and I. Show all posts

Tuesday, 28 February 2017

Siapa yang patut rai Birthday

Aku bertambah tua setahun arini. Makin lama kan ko da tak excited dengan besday kot. Malah takut laei ada la sebab makin tua, macam2 penyakit dan sebagainya. Tak syok jugak sebab ko py besday awal tahun. baru terkinja2 tahun baru, da ada reminder hari pencen semakin dekat.

Setiap kali dekat nk besday, aku selalu pikir nk masak kek sendiri pastu sedekah bagi orang makan. Tapi setiap tahun ada je menda, contohnye tgh diet kronik la, tengah takde mixer la, yg paling takle elak sbb malas dan bla bla bla byk gile alasan. Makanya tak pernah bake cake sendiri di hari besday.

Tapi tahun ne, aku rasa laen sket. Aku order kek untuk mak aku dengan ucapan TERIMA KASIH EMAK. Sebab aku rasa orang yg patut raikan besday ialah mak ko. Orang nak raikan ko bole je, tapi ko jangan lupa raikan mak ko. Dia yg penat bertarung nyawa utk kite. Aku takde anak laei, tapi aku tengok video2, cam seram gak la.

Terlambat lak aku sedar diri pasal hal ne....

Walaupn aku agak sedih dengan deko kek ne, kenapa EMAK kt tepi (bukan aku buat, kalo aku buat baru TERIM je da penuh kek)





Thursday, 13 December 2012

Superman cari Spender

Okay, lama gile tak tulis. Busy ar, sementara tgu nk lunch ne, aku taip la ala kadar.

Semalam beriya nk pegi pesta Penang dengan family aku. Derang ada kt sini sbb cuti sekolah, nnti kalo da start sekolah takle la dtg sini sbb kena pi sekolah. Cite2 sejak kecik nk jadi doktor kan, kena la pi sekolah.

Hujan lebat mencurah2, maka kami cancel pi pesta tapi pi mall. Kalo da ramai budak kecik kenit ne, karang hujan  ke mana, payung ke mana. Karang ramai pulak yang demam. Weken ne family besar kitorng ada buat Family Day kat kampung. Family besar tu bukan la bermakna family aku sume gemuk tembam besar, tapi besar seperti ramai org join berkoyan2 terdiri dari beberapa sub family (family kecik). Kalo family kecik kire cam satu family je la, contohnye family mak cik kak imah ke family mak long ke, paham tak?

Family day ada warna tema, warna merah, so sume org kena pakai warna merah. Aritu akak aku da beli baju ada logo "Superman", so tinggal carik utk beberapa org je laei yg belum ada utk family kecik aku. Kat mall tu selai murah jugak la. Sume org terai, kang kalo da bwk balik sekali tersempit nampak lubang pusat karang mesti da malas nk tukar, karang terpaksa letak seletip sbb nk tutup.

Amoi yg layan kitorg tu baik gile, sume pn bole. So aku pn panggil dia jap nk ceriakan keadaan, "Amoi, u ada spender tak? Superman kan pakai spender kat luar, u ada jual tak?", masa ckp tu aku terbayang spender kaler merah dengan kualiti getah cerut dia yg murah, dia dengan gelabah ayam, angguk2 kepala pastu dia bla. Kitong da gelak2 da, ne kalo dia amek spender betul2 ne harus kena beli ke ne. Tak lama pas tu dia dtg balik, rupanye dia panggil bos dia, tanya kitorng mintak spender. Terpaksa aku cover line, cerita balik sume supaya dia tak salah paham, anggap aku pervert pastu hempuk aku dengan tong sampah. Pendek kata, kitorng beli baju je tapi tak beli spender.

Wednesday, 31 October 2012

Drama Raya

Mcm mana nk start eh. Raya yg aku maksudkan kt sini ialah raya haji. Ada setengah2 org mmg tak sambut kan.

Berminggu2 sblm raya haji, sebok da org tanya2 balik tak balik tak. Jenuh la nk jawap. Dpt gaji aritu, aku pi settle sume hutang2 sbb cam byk je brg2 yg aku 'ter'beli. Tak sengaja. Time nk byr rs nk mengamuk je asal byk sgt ne. Pendek cite, gaji tinggal bape je. Kire kalo nk mkn nasi kt kedai-abang-bole-tahan (sbb abg yg jual tu muka dia mcm adiputra), bole la mkn 50 kali tu pn kalo amek ayam je. So aku rs mcm kena dok sini senyap2 je smpi kewangan stabil balik. So aku yg comel ne, ckp je kt sume org aku tak balik raya tahun ne.

Minggu2 akhir nk raya tu, emosi tergangu, nk ckp tak balik sbb takde duit kang, jurai2 air mata drama bersamamu lak karang. Sengih je la. Tapi beberapa hari sebelum raya, exactly minggu raya tu, aku emosi gile, asik nak nangis je. Orang kata gembeng, tapi tak mengaku kan. Masa tu makan tak kenyang, tapi aku gemuk ja, mandi tak basah, tido tak lena asik terkenang2 je hari raya kat kampung. Tapi aku tak buat ape pn.

Kirenye sehari sblm raya, ramai da takde kt opis, aku semangat keje cam biasa. Lepas lunch, budak2 cina ty asik aku tak balik. Pung pang pung pang, alik2 aku terpikir cam duit bole cari tapi hari raya bersama keluarga, takde u-turn beb, so dlm kul 430pm cam tuh, aku roger bos aku ckp aku nk balik sekarang sbb nk pi carik tiket balik kampung malam ne.

Kt terminal bas, kan ramai org yg hurung ko suruh beli tiket kan? Pastu ada mamat ne ajak beli tiket kt kaunter dia, aku ne kalo zaman dulu2 aku tak layan, aku straight pi kaunter tapi aritu aku baik, so aku layan je dia, smpi kaunter, pung pang pung pang, akak jaga kaunter pakai tudung2 ala sekop kepala yg nampak leher tu, bole lak buat2 busy, tak layan aku, sekali ada org cut q bole pulak dia layan, terus aku bengang, aku pi kaunter laen. Konon tak nak balik sbb nk jimat kan, amek ko, aku kena byr mahal RM10 sbb aku byr stop yg last sekali, dia tak kasi aku byr kalo stop kt umah aku. Duit bole carik, aku rembat ja... Aku puasa, terpaksa pulak buka cekodok kentang je sbb takde masa nk masak ke beli dinner ke sbb tak kemas brg lagi. Time gosok gigi malam tu, dengar takbir, takde hal la sbb tau jap laei nk balik, kalo tak aku rs confirm aku melekap kt cermin jerit2 Why Me Why Me.

Bas sampai lambat 30min sbb jalan jem. Kebetulan pulak makcik sblh aku ne suke berckp. Kalo naek bas, duduk sebelah org peramah ne leceh sbb nk tido cam teragak2, kang ko tido dia tgh berckp, nnti dia korek hidung ko karang baru ko tau. Ipod lak buat hal, so takle nk buat2 pekak. Nasib sedara dia call dari kampung, terus aku pejam mata, bukak sket2 je sbb nk tgk dia nk korek hidung aku ke tak.

Hari hujan, bas sejuk gile, makcik ne da selubung cam mayat da aku tengok, confirm suam2 kuku dlm tu kan. Aku punya selimut tinggal pulak sbb aku bwk selendang je. Sejuk gile rasa nk jerit kuat2 ja. Bile aku tutup ekon, makcik pi bukak, dah selubung cam hantu confirm la panas kan. Tak puas hati, aku tenung ekon tu lama2, bajet cam tgh laser ekon tu, tetibe tangan makcik terjulur kuar, pi tutup ekon. Nasib paham kan... kalo tak aku picit ibut jari kaki dia kuat2...

Sampai kampung, mmg suprise gile la sume org, paling suprise ialah aku. Sbb mak aku tak masak raya pn sbb dia ingat aku tak balik... padan muka aku lapar.
Tapi esok umah sedara aku sume ada makanan wajib raya. Nasib ada sedara mara dekat2.

Wednesday, 7 March 2012

Jangan Gado Dengan Nenek

Dulu aku suke gado dengan nenek, sbb nenek aku suka sakat.. kacau... Paling tak suka bile kena cabut uban. Bukan semenet dua, selalunye sampai nenek tido. Sambil cabut tgk mata nenek, kalo nenek confirm tido. Bole la pi maen celah2 kosi.

Satu pagi yg sangat ceria, aku kecik laei sekolah rendah. Masa ne cuti sekolah. Dulu memang tido dekat ruang tamu depan tivi. Nenek bising2 suruh bangun pagi. Aku cakap dalam hati, "Weh, nenek ne bising, cuti sekolah pn takle bgn lambat, ape arrrrr". Aku pn bangun, rambut da macam singa, buat muka masam sket, nk laei dramatik, nk masuk bilik tu jalan hentak2 kaki sket, tibe2..eh asal susah nk jalan ne? Tengok bawah, suar tido aku tanggal. "Woi ape ne tanggal", tgk nenek dulu cekidot dia perasan ke tak. Ye, nenek saya perasan...

Sunday, 4 March 2012

Jangan Tanya Bole Tak?

Ok korang semua, aku tulis dua entry malam ne takpe eh. Sementara aku rajin nk mengarang ne.

Kalo orang tanya ko "Bile nk kawen?". Simptom2 yg biasa di alami ialah, cemas, darah mengalir pantas, tangan berpeluh, urat tegang, jangan begitu ye. Ne Doktor-Tanya-Aku nk bagi tips. Ne sume pengalaman aku, aku da pernah try dan impact dia macam Impak Maksima jugak la.

  1. Template jawapan pertama: "Ada calon? Carikkan la" Jawapan ne agak menunjukan anda sedang desperate. So aku pernah gune 2-3 kali je masa dulu2 sebelum aku jumpe jawapan yg laei creative.
  2. Template jawapan kedua: "Tahun depan" Jawapan ne agak gemar digunakan, tapi berhati2 dengan soalan berikutnya, soalan itu pn agak killer "Orang mana?", "Kerja mana?" bla bla. Aku tak penah gune jawapan ne sbb tak creative. Tapi aku pernah terbaca kt mana ntah, dia kata kite bole tanya makcik tu balik, "Makcik tau bile makcik nk mati?", No no no, jangan berkasar dengan org tua, kalo dia mati sbb ko tanya soalan tu, ko masuk penjara.
  3. Template jawapan ketiga: "Belum jodoh.." Pastu diam sejenak, nnti ada je makcik2 pakcik yg sambung menyambung. So kalo korang malas dengar korang katup tangan kt telinga, jalan laju2 pi makan tembukai.
  4. Template jawapan keempat: "Saya gay.." Mesti makcik pakcik sume beristigfar, selawat atas Nabi, sambil tepuk2 dahi sambil pegang2 bahu ko. Mereka jugak akan mendoakan supaya diampunkan dosa kita. Pada aku takde effect sbb lepas tu aku sambung je tengok tivi.
  5. Template jawapan kelima: "Itu saya tidak tahu, kalo akak/abg tanya saya bile mau beli rumah saya bole jawap, esok.. lusa.. bulan depan, tapi ini di luar kuasa saya, saya pn tidak tahu bile, kena tanya Allah", sambil tangan terkibas. Akak yang tanya aku masa tu sedang tangan nk amek pizza atas meja, sebab aku tengah jawap soalan dia, dia kena tengok muka aku, bayangkan je la, dia tunggu aku abes ceramah sambil tangan pegang pizza atas meja.
Diharap Doktor-Tanya-Aku dapat membantu anda, jika ada sebarang soalan sila ajukan kepada saya, mungkin saya dapat membantu anda. Jangan runsing ya.

PS: Jodoh pertemuan di tangan tuhan.

Dear Someone

Semenjak dua menjak ne (dua tiga minggu ne) aku selalu terfikir apakah matlamat hidup aku. Apa yang aku buat selama ne. Mungkin agak ganjil untuk korang, tapi untuk aku, aku perlukn senarai mission setiap tahun supaya aku bole plan. Kalo takde cite2, macam mana nk berusaha, bile tak berusaha, nnti ko pikir hidup ko skang ne samaada da perfect, or plain, boring dan kosong. Baru aku perasan, kebanyakkn plan hidup aku dipengaruhi oleh dear someone. Bukan jugak untuk masa hari tua ku. Aku terfikir jika mungkin dear someone hilang dari hidup aku, aku taktau macam mana nk plan hidup. Mungkin aku pi keje balik keje tido, tak pikir panjang da. Perasaan tu tak bole nk cakap, seronok sbb ko tau ada org tengah tunggu ko balik, ada orang berebut2 nk cakap dlm telefon dengan ko, ko beli brg pn ko bygkn dear someone, yg paling penting ada orang yg sedang mendoakn kejayaan ko. Apa pn yg aku ada harini mmg untuk dikongsi walaupn sedikit. Maka dengan itu aku selalu berkerja keras, berfikir banyak untuk membahagiakn dear some. Ada kalanya tindakan aku bodoh, aku mintak maap kerana aku hanya manusia biasa. Setiapkali sebelum tido aku selalu terpikir, di mana dear someone di dalam carta-utama aku hari ni. Aku berharap jika aku pergi dulu, apa yg aku usahakn selama hayatku dapat membantu dan tidak menyusahkan dear someone.

Saturday, 18 February 2012

Air Tangan

Boring betul la, sebab aku sebok dengan blog, nasi hangit. Satu rumah da bau da ne, apa kata jiran sebelah nnti?

Untuk memasak saya memerlukan buku masakan. Sbb aku amatur ja. Aku beli buku orang melayu je sbb senang nk tiru. Yg hijau tu baru beli sbb orang kata best. Yang putih senget tu resepi mak aku, tapi aku yg tulis. Kalo sapa curik ne aku jumpe aku bg pelempang sebijik sbb penat nk tulis sume. Buku resepi kena letak kat rak ne je. Oh lupe nk letak tanda, konon2 yg mana da cube tu aku letak label la. Dua label, satu untuk, "Ok da cube", satu lagi, "Ok nak cube nanti". Chef Wan py buku tu siap ada autograph Chef.

Saya juga memerlukan Apron. Sbb asal pakai baju putih je malas nk masak sbb nnti terpelanting kena baju. Apron kena cantik sbb kalo tak cantik tak nak pakai, bile tak nak pakai tak mo masak. Bile takmo masak nnti tak bole tukar label dekat buku.



Saya juge memerlukan sayur-sayuran. Jumaat aritu, malas nk keluar pegi kedai, masa makan tengahri pergi beli dekat supermarket. Tumpang peti ais office jap. Sbb aku ne pelupa mak nenek, so aku letak note atas meja supaya aku ingat. Sebenarnye aku nk tulis "Tomato is in the fridge", pastu aku tertinggal "is", lepas tu aku terfikir sebenarnye bukan sebiji tomato je, so sepatutnye "Tomatoes are in the fridge", so aku letak je 's . Harap maklum.


Pernah terfikir tak, bile tiru resepi mak mesti ada rasa laen sket, ne sume sbb air tangan tu laen. ada orang mmg air tangan dia menjadi, ada orang mmg sesuai berkebun je aku rasa. Ape tu air tangan? Air tangan tu bukan la tangan yg berpeluh2 menitik tu. Bukan juga, "Cik, tempat basuh tangan kat mana?". Mak aku kata, masa masak tu kite ada pegang2 makanan tu la air tangan. Mak aku tere masak sbb dia masak dari kecik. So persoalan di sini macam mana nk dapatkan air tangan mak aku. Kalo tetibe aku balik kampung, perangkap mak aku "Mak, tolong pegang timun basah ne," pastu cepat2 sorok dalam beg, ok jugak. Tapi kalo da sampai, "Mak, tolong basuhkan beras yang nk bawak balik sana ne. Saya nk pergi gosok baju", mesti mak aku hempuk aku dengan bekas beras....

Sunday, 12 February 2012

Telinga Kanan

Angin kuat gile malam ne, kalo tak tutup pintu balcony ne, habis jambul aku terbang2 tutup mata, nak tengok tivi pun susah. Bila angin kuat je mesti ada macam bunyi mengilai kan, tu sebenarnye bunyi angin. Nasib baik kawan aku yg kat KL tu, yg duduk tingkat 10 tu bitau aku, kalo tak mesti aku da panggil orang baca yassin 40hari.

Malam ne sekali laei telinga aku ne macam kena tutup sebelah. Telinga kanan. Masalah cam ne da lama da aku alami sejak kt asrama laei. Dulu masa kat asrama, tengah2 korek telinga tetibe tak dengar, dalam hati "oh my god, aku da cacat", tak tunggu lama, cuti weken je aku terus balik kampung cakap kat mak telinga ada problem, terus mak aku bawak pi klinik. Aku lupa da klinik mana, tapi doktor tu lelaki melayu. Tengok je telinga, doktor cakap, "eh, awak tak jaga telinga ne". Dia nk kata aku pengotor la tu kan, padahal dia tak tau aku hari2 korek telinga. Dia suruh aku baring pastu cam sembuh air sabun dalam telinga, pastu ko dengar kuat gile menda gerak2 dalam telinga, bunyi macam raksasa tu krokkrekkrokkrek, pastu sume org tengok aku baring terlentang terkebil2. Sekali kuar, MasyaAllah, ne sume dalam telinga aku ne ke. Takyah tau la ape yg aku nampak, sbb aku pn da tak ingat.

Aku rs 2 tahun lepas menda yg sama aku alami, sebab aku da tau ne mesti pasal wax ne so aku buat2 tere rilek dulu sok lusa bole settle. Aku try masuk kan air, goyang2 sket kepala nk kasik air kena kawasan berkenaan, tapi tak jalan jugak. Sampai satu tahap tu telinga aku sakit da weh, ne mmg kena jumpe doktor cakap nk ubat titik2 tu. Pastu aku lupe da drama tu, tapi settle da. Aku kembali normal.

Tahun lepas, sekali lagi aku pekak sebelah. Aku follow da nasihat doktor, siap google laei cara2 mencuci telinga dengan betul. Ada yg cakap takyah korek, tapi kalo tak korek boring pulak. Kiri sume doktor kata bersih, aku suspect telinga kanan aku ne mungkin laluan angin dia laen sket, so senang nk block. Nasib malang jumpe doktor gatal, nk tengok lubang telinga je pn kena baring. Kalo dia overboard mmg aku tempeleng je dia. Dia suruh datang balik, tak hingin.

Sekarang ne aku da tere, kalo lepas sujud tu ko bgn ko rs cam berdengung tu maknenye tersumbat laei la tu. Minggu lepas aku selongkar beg ubat, carik2 balance ubat telinga tahun lepas. Yg aku jumpe ubat titik mata, ne karang kalo aku gune kt telinga ne mau aku pekak forever. Takpe la gigih pi klinik mintak ubat. Doktor ne cool je takyah baring2, dia tonyoh ada benda cam corong kt dalam telinga pastu terus bg ubat. Kali ne dengan alat sedut yang siap cam dalam makmal kimia tu. Doktor cakap, lepas letak ne, tengok seminggu kalo tak ok dia refer aku kat hospital lak pi sedut. Tapi aritu aku masukkan ubat ne terus ok. Silap la, aku letak masa tengah tgk tivi kt ruang tamu, posisi kepala mesti pandang tivi sbb kalo ko pandang dinding nnti nk gerak2 betulkan bantal susah lak, bile da letak ubat kepala takle tegak weh, kena senget, ko bole bayang tak aku tutup kipas, lampu sume nk pi masuk bilik dengan kepala senget sbb takut ubat kuar. Pagi tadi tengah boring, aku pi korek laei gune cotton buds basah, itu pasal malam ne aku tak dengar laei. Nk tido karang seround.

**Ubat Cerumol Ear Drop