Showing posts with label Mari Makan. Show all posts
Showing posts with label Mari Makan. Show all posts

Monday, 12 June 2017

D'Dusun Corner, Bukit Mertajam


Tahun ne turn Geng Tong Tong datang Penang buka puasa sama (Geng Ipoh hari tu sebenarnya, StudentTua, anak dan bini Warak2, Gemuk, Blur dan Jessy, derang sebok nk tong tong carpool datang Penang). Da 2 tahun kitorng pi KL, so tahun ne tukar turn. Tp kesian lak tgk yg kena travel dr Pahang tu. Tahun depan pikir balik la caner nk buat rotation. First night makan buffet hotel, tp kecewa dengan makanan yg disediakan dekat hotel tu, harapkan harga je mahal. So semalam lepas pi Design Village, atas persetujuan semua kitong pi try selout. Tak bole eja SHELLOUT sebab Blur cakap nama tu da kena pattern, so nama dia sebut semalam aku dengar je dr belakang Serakan-Atas-Meja. Nama da macam komik gado gado kan.


Kedai:
D'Dusun Corner,
Jalan Gajah Mati
Bukit Mertajam
014-328 9942

Waktu Operasi :
Aku tak sure, ko call la tanya
Buka puasa 2017, dia bukak call utk booking dr kul 3pm. 

Lokasi: 
Ko guna je waze, lokasi dia betul, memang mcm lalu kawasan2 kelapa sawit sket.
35min dr Bayan Lepas.

Parking:
Ada dekat kawasan kedai, aritu ada 10-11 kete bole parking dlm kawasan kedai, mungkin kalo susun elok2 byk laei bole park.


Lain2:

Ada surau, disediakan, tapi tak bahagi laki pompuan so ko pandai2 la arrange. Kalo rasa takut kunci pintu (mcm Gemuk), nk tercabut tombol aku pulas sbb aku ingat pintu rosak takle masuk. Nah tengok review. Lupa lak nk amek gambau kedai.


Ne la rupa Set Combo RM65 - Ikan Siakap bole pilih nak masak 3rasa/stim, Ketam kecik 4 ekor, Udang sederhana besar 4 ekor, Sotong 5 hirisan, Lala dan kepah 2-3 mangkuk, nasi 4 mangkuk, air sirap satu jug, hirisan lemon, lobak, brokoli, jagung kecik dan kobis pokok.


Ne selepas aku serakan atas meja. Dia ada 3 perasa, percik, black papper ngan cili padi. Kitorng order percik, tapi aku rs yg sampai tu cilipadi la sbb pedas gitu je.



Ko kire la sendiri, aku da lama tak makan kt kedai. Hasil google aku rs siakap sekor je da RM20-30 eh? Rasa masakan aku rs biasa je, jangan kecam aku, sekian.


Monday, 20 March 2017

LaCarbonara, Bayan Lepas

Aku pengemar carbonara, maka aritu aku ternampak ada org post pasal kedai ne. Maka aku dan si gembeng pi try kedai ne.

Kedai:
72-1-9 Arena Curve,
Jalan Mahsuri,
11950 Bayan Lepas, Penang.
017-560 2831

Waktu Operasi :
Weekdays 11:00am - 2.30pm and 6:30pm - 10.00pm
Weekend 11:30am - 10.30pm (Tutup AHAD)

Lokasi: 
Kedai dia dekat dengan Syed Bistro, Olive Tree Hotel dan betul2 bertentangan dengan Arang Coffee.

Parking:
Parking banyak. Yg free tu ko park tepi jalan dekat2 area Syed Bistro atau Arang Coffee, tapi selalu penuh la area sini. Kalo ko park dalam kawasan dia, parking baru RM1, entrance nk masuk kawasan sini ialah bertentangan dengan kedai depan Dpiaza tu. Kitorng pusing cam mabuk la nk carik entrance parking dia ne.

Lain2:

Kedai ne baru je beroperasi. Memang interior dia clean. Meh tengok review.




Tak dpt try menu laen, so tak aci nk judge yg laen. Yg kitorng makan tu set lunch sedap dan murah. Tak sure set lunch ne ada hari2 ke on weekdays ja. Yg bukan set, main course punya price range dalam RM20+, standard western kot. Kitorng try set lunch RM19.50, menu adalah seperti di bawah siap free ice lemon tea:

Satu je pilihan appertizer, tomato soup, sedap

Ne bole pilih Breaded Chicken Fillet atau Spaghetti in cream sause. Kitorng makan spaghetti je aritu, sedap tapi takde haiwan.

Satu je pilihan dessert, Tiramisu, sedap.

Monday, 6 March 2017

Kesum Art Restaurant, Georgetown Penang

Semperna belated birthday aku, kawan aku belanja makan dekat kedai ne. Dia tanya aku nk makan kt mana, aku pn google2, ternampak kedai ne. Jom review.

Kedai:
57, Stewart Lane, 
10200 George Town,
Penang, Malaysia.
04-262 5757

Waktu Operasi :
11:30am - 6.30pm (Tutup JUMAAT)

Lokasi: 
Kedai dia dekat corner. Dekat dengan Volchkova Fisherman Mural (Street Art), Kuan Im Teng Temple. Sebelah Kebaya Restaurant. Guna Waze ke google map sume betul.

Parking:
Ne mencabar agak sket, susah nak dapat depan kedai betul2. Maka ko pusing2 la kt area situ dua tiga kali, jalan kaki la sket. Make sure letak tiket parking yg gores (RM0.60 sejam) tu sbb sini kawasan rajin ke saman. Kalo ko parking membabi buta kt tempat haram, jgn terkejut kalo kena clamp (RM50) atau kena tarik ngan lori. (same je review mcm Lagenda/Table sbb kedai dia dekat sebelah tu je)

Lain2:
https://www.facebook.com/KesumArtRestaurant/

Sebagai seorang warga Johor, masakan Johor kena la benchmark mak aku. Sbb mak aku pandai gile masak. Masa kecik2 dulu asal kenduri keluarga je mak aku masak. Mak aku lak jenis rajin, ngan kitorng2 sekali ke angkut tolong masak. Skang dia da tua, tatau sapa yg ada bakat tu, aku mcm tak pandai sgt, tapi makan aku pandai.

Kedai ne dua tingkat, deco sgt exclusive, best sejuk ekon kuat. Atas ada galeri, kalo ada special event bole guna area atas dalam 12 orang. Kitorng try set dia, ada apertizer + menu utama + dessert (RM23 dan RM27).
Sebahagian dari menu dan harga
Deco tingkat bawah banyak painting.
Appetizer - Sate Ayam 
Apertizer - Gado Gado  (sedap)

Laksa Johor - gune spaghetti tapi aku laei suka kalo laksa beras. Ne set yg RM23. 

Mee Udang. Udang besar. Ne set RM27.
Dessert - pulut hitam ngan pengat pisang (sedap)



Tuesday, 28 February 2017

The Table Penang, Georgetown Penang

Semalam besday aku, kwn aku belanja makan kt kedai ne. Aku tatau cam gitu2 je pasal kedai ne, tapi tak pernah pergi. Jom review.

Kedai:
27, Lebuh Carnarvon,
Georgetown,
10300 George Town,
Penang, Malaysia.
+6012-3853892

Waktu Operasi :
 6:00pm - 12.30am (Tutup KHAMIS)

Lokasi: 
Dekat dengan Masjid Kapitan Keling, waze ke google map ke sume betul

Parking:
Ne mencabar agak sket, susah nak dapat depan kedai betul2. Maka ko pusing2 la kt area situ dua tiga kali, jalan kaki la sket. Make sure letak tiket parking yg gores (RM0.60 sejam) tu sbb sini kawasan rajin ke saman. Kalo ko parking membabi buta kt tempat haram, jgn terkejut kalo kena clamp (RM50) atau kena tarik ngan lori. (same je review mcm Lagenda sbb kedai dia dekat sebelah tu je)

Lain2:
https://www.facebook.com/pg/thetablepenang

Owner akan update kalo kedai tutup ke ada menu baru ke, so pi la skodeng. Kedai dia ala2 hipster. Makanan dia sedap dan murah gak aku rasa, pasta dia dalam belas2 je. Aku suka, carbonara dia sedap. Nah tengok gambar ne. Tak banyak amek gambar kedai. Air kosong free, minum berbaldi pn takpe, siap ada hirisan lemon.



Aku amek gambar atas je, bawah tak amek lak

Carbonara RM17, Olio RM17

Mango Cheesecake - tak tau harga orang belanja

Ne sorang laei dia sampai lambat, sesi gambo makanan bersama2 da tamat, grilled chicken aku rs

Friday, 24 February 2017

Cafe Lagenda, Georgetown Penang

Ne bukan kali pertama la aku mai sini. Aritu kwn aku belanja dinner kt sini, tapi arini aku dtg dgn budak opis. Kesahnya sbb aku pi return mixer Panasonic kena la pi amek cheque. Dasar perempuan loghat kan. Da alang2 kt town pi la singgah sat. Ko reserve dulu pn ok kot, tadi pi lunch byk meja kena reserve da terpaksa dok luar, ada kipas takde la panas lit lit.

Kedai:
Lagenda Café
43, Lebuh Campbell, George Town,
10100 George Town,
Pulau Pinang, Malaysia
+60 4-261 2293

Waktu Operasi :
 7:00am - 11.00pm (Buka setiap hari)
 
Lokasi: 
Waze ke google map ke sume betul

Parking:
Ne mencabar sket la, susah nak dapan depan kedai betul2. Maka ko pusing2 la kt area situ dua tiga kali, jalan kaki la sket. Make sure letak tiket parking yg gores (RM0.60 sejam) tu sbb sini kawasan rajin ke saman. Kalo ko parking membabi buta kt tempat haram, jgn terkejut kalo kena clamp (RM50) atau kena tarik ngan lori.

Lain2:
https://www.facebook.com/cafelagenda/

 
Makanan dia sedap cuma rasanya mahal sket. Nah tengok gambar ne. Bole lak lupa amek gambar kedai. Air kosong free, minum berbaldi pn takpe, siap ada hirisan lemon. Dulu aku makan Udang masak lemak pn sedap jugak.

Prawn Olio RM28, udang selonggok

Creamy cam perisa kari sket, lupa nama da RM26

Kalo nak yg congkak ne pilih kt menu yg dia kata serve in congkak.

Ayam Rendang RM22
 

Tuesday, 20 December 2016

Kedai Halal di Chengdu, China

Last week aku pi Chengdu, business trip. Ne kire kali kedua, maka aku takde full itinerary ape aku buat kt sana, ada sebahagian aku cover masa first trip, so second trip aku sket je. Masa first trip aku siap naek bas ting ting pi tgk panda ye, jauh dr town, derang tak reti English aku lak bukan jenis roaming or sewa portable wifi kt sana, sudahnya aku kire siap2 berapa perhentian aku kena turun, kena exchange bas laei, gigih masa tu.

Ne aku nk cite pasal kedai makanan halal dekat Chengdu. Kalo yg gelemer cam Huangchengba tu mmg senang carik, ne ada small2 shop yg aku jalan aku terjumpe. Nak senang, kalo ko jalan ko nampak logo halal atau orang pakai kupiah atau tudung.

Huangchengba Beef Restaurant


Ne gelemer, dia ada 4 cawangan kt Chengdu tak silap. Lokasi yg aku pi ne yg paling dekat dgn center.
 
19mins dr Luomashi subway (Exit D), pintu belakang The one shopping mall
Logo Halal tu nampak?
 
Dua lauk ngan nasi setempayan RMB60 - aku taktau nama aku pi meja org tunjuk aku nk ape. Kwn cina aku kata macam Mapu Tofu. Menu wajib Chengdu. Dua2 daging.

 
Ne aku makan masa tahun 2014, amenda la time ne aku piker amek gambau mcm org mabuk. Total ngan menu yh bawah ne aku rs dlm RMB100, ne makan 3 orang.
Ko tengok minyak...
Lanzhao Chen Chong Niu Ro La Min (Lanzhou Traditional Beef Stretched Noodles)
Yg bahasa cina tu aku eja ikut ape aku dengar, mungkin kalo google salah2 hahahaha, kawan cina aku yg pandai Mandarin tolong baca. Dekat dengan Sheraton Chengdu, 2mins dr Luomashi Subway (Exit D). Nnti ko nampak tukang buat Mee Tarik depan kedai.
 
3mins dr Luomashi subway (Exit D) sebelah Sheraton
 
Mee Tarik RMB9 mangkuk besar, yg kecik RMB8. Rs mcm masin sket.

RMB13 sayur dan daging tp sayur laei byk, tu Starbucks laen harga. Sup atas meja tu masa mula2 aku dtg sini aku ingat teh, HAHA.
RMB13 konsep kt sini ko tunjuk gambau sbb derang tak paham English, ko pn tak reti baca mandarin. Ne perisa kari. Nasi mmg byk gile, share 2 orang ok kot. aku selalu makan suku ja.
Ne aku try masa 2014.
 
 
Si Pei Niu Ro Min (West North Beef Noodle)
Yg ne aku jalan2 nk pi Huangchengba Sangui aku terjumpe kedai ne. tak pernah try laei. Konsep mcm Lanzhou tu. Sederet dengan Huangchengba Sangui Road tu, incase ko nk mkn menda laen sbb aku rs Huangchengba tu mahal sket.

 

Friday, 21 October 2016

Nasi Dalca Bawang, Bayan Lepas

Nasi Dalca sini sedap, kitorng makan sejak dia bukak depan Klinik Kesihatan dekat Tabung Haji tu. Sekarang da pindah da. Antara makanan kegemaran aku kt Penang.

Kedai:
Nasi Dalca Bawang
Pasar dan Kompleks MPP,
Jalan Rajawali, Bayan Lepas,
11900 Penang.
(dia dekat sebelah Flat Sri Bayu tu)

Waktu Operasi :
5:30pm - 10.00pm (SABTU TUTUP)
 
Lokasi: 
Waze ke google map ke sume betul

Parking:
Senang, tepi2 kompleks tu byk parking free

Lain2:
https://www.facebook.com/pages/Nasi-Dalca-Bawang-Bayan-Lepas-/247364785291752



Nasi + Ayam Goreng + kuah campur + bawang goring = RM5.50
 

Monday, 17 October 2016

Roti Bakar Kacang Phool Penang

Weken lepas kitorng pi join PinkOctober dekat Gurney Paragon. Kul 5lebe bgn da sbb katanya register kul 5, kul 530am zumba start da. Sbb malas nk solat bersepah2 plus ngantuk gile tak cukup tido smlm, maka lepas solat subuh br gerak. Smpi tak start laei, rs rmi xdtg sbb hujan. Masa start event tu tak hujan, baru berapa meter start hujan lebat smpi abes basah baju, nasib aku bwk payung. Kawan aku menang cabutan bertuah beskal. Sbnrnye dia kata bukan no dia, ada pakcik tu bg dia sbb paskcik tu nak balik awal. Pening pikir caner nk bwk balik beskal dia tu. Lepas gak masuk MyVi walaupn tayar sket lei kena kepala.

Lepas event tu kitorng pi mkn breakfast konon nk mkn kacang phool dekat Tanjung Tokong.

Kedai:
Roti Bakar Kacang Phool Penang
2, Jln Desiran Tanjong 10, Seri Tanjung Pinang,
11200 Tanjung Tokong,
Pulau Pinang, Malaysia
(dia dekat Kompleks Penjaja)

Waktu Operasi :
 8:30am - 9.00pm (ISNIN TUTUP)
 
Lokasi: 
Waze ke google map ke sume betul

Parking:
Senang, tepi2 kompleks tu byk parking free

Lain2:
https://www.facebook.com/profile.php?id=100010064769829&hc_ref=PAGES_TIMELINE

Aku tak pernah makan yang JB punya. Tatau rs dia mmg camne ke sedap laei. Aku rs biasa2 tp aku suka gile roti dia. Aku siap beli sebantal RM4, dia potong tebal2 mcm dlm gambau kt bawah. Cukup la aku makan ngan Gemuk. Kitorng tak try sume, so tak le nk review yg laen, tapi nampak mcm sedap la. Next time bole try. Nah tgk gambar ngan caption.

Duduk je mana2, bole order di mana2 kedai tak semestinya kena duduk depan kedai ne

Tapau rege laen sbb dia bg proper bekas bukan plastic doposen ikat tepi tu


Roti Jala Cheese, sedap tp aku rs kuah dia biasa2

Ne set biasa, kuah dia ada daging hancur, roti sekeping ye, aku suka roti dia

Kalo set Roti Cheese ko dapat 2 keeping cam ne
 
Jessy order ne dekat kedai laen
 

Tuesday, 11 October 2016

Nasi Kandar Deen Maju

Mgu lepas, kawan aku datang dr KL. Cam biasa la kalo org datang Penang memang carik makan je selalunya, secara tak sengaja, aku pn ikut sama explore makan. Kedai ne aku selalu dengar org sebut, dan ne kali pertama aku nk try.

Kedai:
Nasi Kandar Deen Maju
170, Jalan Gurdwara, George Town,
10300 George Town,
Pulau Pinang, Malaysia

Waktu Operasi :
 4:00pm - 11.00pm (AHAD TUTUP)
 
Lokasi: 
Waze ke google map ke sume betul

Parking:
Ne mencabar sket la, depan kedai ne ada simpang, ko bole park dekat lorong tu, tapi hati2, aritu aku nampak ada MPP saman, kitorng selamat.

Lain2:
https://www.facebook.com/DEEN-MAJU-312237305554288

 
Sebagai seorang pemakan Nasi Kandar tegar, aku akan try menu yg sama je everytime. Ayam dia sedap, kuah campur dia pn sedap. Nnti nk makan lagi, sbb aku rs kalo sekali je takle buktikan sedap atau tidak (sam kes Nasi Ganja dan Vanggey). Kalo ko ty aku, kedai ne jatuh ke tangga kedua selepas Nasi Kandar Ketapang Bagan Ajam (xtulis laei dlm blog, nnti tulis eh). Nasi Kandar tu nasi dia sedap, Deen Maju ne kuah ngan ayam dia sedap.
 
 
 
Nasi + Ayam Goreng + Telur Masin + Bendi + Sambal Kelapa + Kuah Campur = RM6.30