Sunday 8 April 2012

Vietnam Part 2 [Survival Trip]

Vietnam Part 2 mengisahkan pengembaraan kami memasuki kawasan bandar2 gelemer di sana. Lebih interaksi bersama warga tempatan dan penuh cabaran.

[Sila baca Vietnam Part 1 - Survival Trip dulu]

Day 4 - Hue

Sampai Hue dalam kul 8AM. Terang da. Aku tak tahan da nak ke tandas, tapi aku kuatkan semangat sbb kalo aku masuk tandas tu pn mungkin takde ape2 yg bole aku lepaskan. Driver bas bagi tisu basah utk lap muka, sbb takle nk gosok gigi, maka kami ramai2 makan gula2 Halls. Bas terus masuk bandar Hue dan akan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnye, tapi kami turun di sini, depan kedai makan. Turun2 asal ramai orang ne, suasana hiruk pikuk, aku risau beg aku kena amek orang. Yg si-tuan-hotel ne da mula menegur Gondol-2 sbb dia turun bas dulu. Aku kulu kilir carik beg, si-tuan-hotel ikut je bontot aku, dia ckp beg ada kt dalam kedai tunggu kt sana, tapi aku tak percaya. Rupenye mmg betul, beg sume ada dlm kedai. Trafik kt sini tak seteruk Hanoi, taxi dibyr oleh si-tuan-hotel. Kami dihidangkn dengan teh dan buah-buahan pisang, nenas dan yg satu laei aku lupe (tapi Gondol-1 ingat buah delima, buah naga, buah mangga, buah pisang, buah nenas. Dia kalo pasal makanan ingat sume). Masam nk mati, so aku tak abeskn pn. Sbb tak cukup masa nk pi survey tour, kami terus ty dia pasal city tour (USD9). Dia kata kul 9.30am, kami bergegas cuci muka sbb tinggal 1/2 jam laei. TIPS: Jangan amek dari hostel sbb derang caj lebih.


Kami dibawa ke depan Citadel. Rupanye kami join kurang satu tempat lawatan, kami miss Citadel. Ini tidak dinyatakn sblm ini. Pemandu pelancong pulak perasan ensem, pakai spek tak kena gaya, mulut cakap mcm tgh makan kuih semprit, pastu ckp bahasa dia byk gile, kami pelancong luar haram tak paham pastu disahkan oleh sejarawan kami Gondol-1, fakta dia cam penuh penipuan. Bile Gondols suruh dia terangkn lebih, buat muka. Setiapkali dia ckp aku buat tatau je. Malas nk layan si-biol. Pit stop kt jamban umah sapa entah. TIPS: Kalo ramai cukup satu kete, pi amek pemandu ikut ape yg nk tgk ja, ikut tour ne tmpt tak best merapu lebih pn dia bawak. Itu pn kalo pemandu tak tipu korang la.

Pergi Garden House Village pastu Thien Mu Pagoda. Ada 3 tomb yg akan dilawati, si-biol mintak VND55,000 sorang untuk satu tomb, padahal aku check web cume VND50,000. 2 dari 3 tomb tu membazir je lawat maka aku pn berkeras nk pi Tomb Khai Dinh ja walaupn si-biol sedaya upaya suruh kami pi. Sampai destinasi bukan nk ckp tomb yg mana, dia suruh sume org trn, pastu bile da dekat pintu masuk tu, cara dia tegur mmg kurang ajar. Kami terus pusing join pakcik-kacang (muka dia mcm Mr. Bean) dr negara C. Pakcik-kacang pn sama cam kami takmo masuk sbb tak suke tour yg menipu2 ne. Abes cover tomb ne, kami balik ke bandar Hue dengan bot menyusuri Perfume River. Ingatkn nk pi Dong Ba Market tapi sbb pasar da nk tutup plus kami berhutang solat dgn tuhan, kamu terus pulang ke Hostel jalan kaki.

Garden House Village
Thien Mu Pagoda
Khai Dinh Tomb
Incense Stick/Conical Hat Making and Perfume River
Kami trn kaunter lepas solat sbb nk settlekn pasal kereta untuk pergi Hoi An esok. Si-tuan-hostel ne kerek gile, cakap berbolak balik, dlm email dia kata USD70 satu kereta, masa ikut suka, skg dia kata smpi kul 5pm pulak. Pastu sbb kami miss Citadel pg tadi, so nk pi dulu sebelum gerak pi Hoi An. Dia kata tak bole, lps bertikam lidah ala kadar, kami melangkah keluar ty tour agent kt luar berapa bole offer. Hotel depan tu tawarkn perkhidmatan yg mcm kami nk dengan masa tambahan, cuma byrn dia USD74 satu kereta. Bile balik hostel semula bitau si-tuan-hotel kami nk cancel dia py booking terus dia kata bole bg diskaun USD5, tapi sbb perangai keji dia, aku buat eksen ckp da byr pn. Beriya gile minah tu tukar offer. Menyampah aku, padan muka!

Malam tu kami pi Nguyen Dinh Chieu Night Market. Orang tgk kitorng cam alien. Mungkin heran sbb muka mmg pelancong abes kot. Nk keluar camera tak berani sbb nampak samseng jalanan merata. Sudah kenal hati budi mereka, maka adalah lebih baik tak yah amek gambar. Harga buah tangan di sini jauh lebih murah, tapi ko jgn beli terus, ko jalan dulu sbb derang akan letak tgi terus sama cam harga kt Hanoi. Masa Gondol-2 tengah pilih nk beli beg duit kecik, ada sekor mamat ne, bau busuk arak, dok dekat2, konon2 nk buat baik. Dia angkat satu beg, "Beautiful", dlm hati aku "Sebok la kau nk beli souvenir gak nk wak pe", atas dasar faktor keselamatan dan kesihatan, kami buat tatau, aku pelan2 jauhkan diri.

Day 5 - Hue > Hoi An > Da Nang (Transit HCM)

Hari ne kena kemas laei, da nk pi Hoi An. Tapi sebab naik kereta sewa maka takde la penat nk angkut beg kulu kilir kt sana. Kul 7.30AM, kereta besar tu pn datang. Mmg betul2 bersih. Pemandu da tau jadual perjalanan so terus pi Citadel. English dia pn tungang-langgang gak, so seperti biasa kamu berborak sesama sendiri. Sampai2 citadel, sbb nk parking free, pemandu parking jauh gile dekat kawasan bas2. Betul2 dekat pintu masuk citadel, hujan turun, kami sempat carik tempat berteduh. Tak berapa ramai orang sbb mungkin awl laei. Tidak ada pemandu pelancong maupn orang nk terangkan pada kami pasal tempat ne, so kami buat cerita sendiri. Agak sayang dengan kesan tinggalan sejarah ne, cantik tapi kurang di jaga. Mungkin masalah kewangan, sbb semalam masa pi Tomb derang ckp nk upgrade tomb tu sume org kena byr tax tinggi.
Citadel and Forbidden City
Lebih kurang 9.30AM kami berpatah balik ke kereta dan ready utk pergi Hoi An. Pemandu ne mmg taiko ar, dia hon org. Kalo ko degil, dia macam angkat isyarat tangan nk kata penumbuk bukan tapi lebih kepada pelempang. Dia ne pn takle multi-tasking, bile dia rasa mcm ko bercakap dengan dia, dia pn toleh belakang. Abes sapa nk pegang steering kan? Gondol-1 dan aku yg duduk kt seat belakang ne, cube tak menarik perhatian dia, ckp perlahan2.

Hoi An ne terkenal dengan kualiti kaen sutera yg lebih bermutu dan murah berbanding bandar utama. Kami pn mmg bercadang nk beli barang seplastik dua. Sampai Hoi An, pemandu terus bawak pi kedai kawan dia, da le mahal. kaen tak cantik lak tu. Pemandu ne pelik ar, dia ikut je bontot kami, dia nk suruh kami cepat2 beli pastu pi Da Nang. Kami terpaksa halau dia pi mana2 dia suka jumpe balik nnti. Sepanjang perjalanan kami mencari sutera sejati dan murah, punya ramai penipu dekat negara ne tunjuk kaen campuran sebagai sutera tulen. Cara nk tau tulen atau tidak, ko bakar sket benang tu, nnti nampak dia menjadi abu, kalo ada campuran maka nampak macam plastik bergumpal. Skill Gondols, carik harga termurah dulu baru suruh demo bakar membakar. Kang kalo da bakar takmo beli kang dia bakar ko. Ada satu kedai ne, terus letak harga rendah masa kitrng tanya (USD4/m) berbanding kedai laen (USD12/m), terus beli kt sini. Lepas da abes sesi potong memotong kaen, dia bagi makan buah tembikai dan air mineral. Aku rs tembikai dia ada rasa colok, tatau la Gondols laen rasa ke tak. Tapi aku terus stop la.


Kat Hoi An ne, ada satu kawasan yg kite tak bole bawak masuk kenderaan, lepas tu dia gune tiket, byr VND90,000 bole melawat 5 tempat menarik.
Hoi An's sightseeing and Entrance Ticket
Hoi An Heritage Town
Kul 4:30PM, kami gerak ke Da nang. Hoi An ke Da Nang cume 30min ja. Dalam perjalanan, dengar kelepak kelepuk, rupa2nye pemandu gigit kuku, bunyi kuat gile macam pakai pengepit kuku. Lepas tu dia korek hidung beriya, cam takde menda, mungkin lap kat seluar lepas tu. Terus bagi nama si-gile-pengotor. Dia bawak pi Da Nang agak slow berbanding pi Hoi An tadi, tapi kami sedikit pn tak curiga. Dekat2 nk sampai, dia tanya, nnti kena bg dia tips utk minum kopi, makan. Kami da bayar sume dekat Hotel semalam (pada Duyen), takde tips tambahan patutnye, try terangkan kt dia, tapi dia degil. Aku sampai ugut, suruh dia contact balik Duyen cakap sama2 dengan Duyen. Bangsa dia ne kan mmg panas baran, terus nampak perubahan mendadak pada diri. Gondol-2 menambah, "Semalam da bayar kat Durian, mana ada tips tambahan", lebih kurang camne la ayat dia. Gondol-1 kat belakang, "psst.. psst Duyen la bukan Durian". Gondol-2 emo, "Arh, lantak la Durian ke Duyen". Kami senyap, cuak jugak kalo dia bwk masuk kampung pastu panggil samseng belasah kami. Akhirnya kami sampai ke destinasi. Dia da beriya mintak tips, aku pn amek VND30,000 bagi dia. Cukup la kan nk beli kopi, ko minum kopi G7 sudah.
Private Car (Hue>Hoi An>Da Nang)
Kami sampai awal kt Ga Da Nang. Ingat kan nk check tiket dulu. Tapi line beratur pn takde, maen sapa cepat dia dapat, pastu maen langgar2. Rasanya aku da terbiasa dengan perangai diorang ne kot. Pastu kami pi carik makan dulu. Beli biskut pn cari buatan Malaysia atau Singapore, cari logo halal seperti Oreo and Ritz. Neves tgu ketapi tido ne, sbb aku seumur hidup tak pernah naek ketapi tido. Tandas nk masuk kena bayar VND1,000 (15sen). Murah je pn itu bukan masalahnye, tapi si-kedekut-tandas ne berkira gaya macam ko nk lari ja. Dia bole maen rampas je duit kat tangan aku.

Kami dapat tiket asing2, 2 orang tingkat 3 kabin yang sama tapi satu laei tingkat 2 kabin asing. Tingkat 2 mahal sket tapi sbb nk adil, Gondols bahagi harga sama rata. Aku tawarkan diri utk pi yg asing tu. Ketapi kul 9.56PM tapi sampai stesen kul 11PM. Itu biasa la kan, mesia pn sama. Aku antara orang yg awl naek. Ketapi sampai, sume orang terjun landasan, seram gak aku. Sekali aku tengok ada makluk tido kt katil aku, tapi sbb org ramai nk masuk, so aku kena bagi laluan. Gondol-1 datang menyelamat, kami bergabung tenaga untuk mendapatkan kembali hak kami. Aku suruh dia bgn, si-kurang-ajar tu buat tatau je. Kwn dia mintak tiket aku, pastu kejutkan si-kurang-ajar. Still tak bangun, last2 kami panggil si-jaga-emo. Dia pn menangkan kaum dia. Dia tunjuk baby yg tengah tido dengan dia kt katil aku. Si-kurang-ajar punya laki tido kat tingkat 3 atas katil aku patutnye, dia tingkat 3 sebelah laki dia. Aku ckp ar, tak adil sbb katil aku tu laei mahal dari katil dia, dia tunjuk tiket dia yg laei mahal, si-jaga-emo ne nk cover tak kena tempat, da dia naek dari ceruk mana hujung kampung, mesti la tiket dia laei mahal, si-kurang-ajar buat tatau. Kalo si-kurang-ajar cakap elok2 aku bole je bg dengan iklas. So aku tgk da dia baring, tak mandi, air liur meleleh2, aku pn panjat tingkat 3 pijak katil sekor2 dengan kasut aku yg sejak beli tak pernah basuh tu. Sume orang tgk aku, ne kalu derang tego aku sepak bontot sekor. Weh, feeling panjat ne macam tido atas kabinet dapur weh, tinggi gile. Aku kan tinggi, kepala kena bengkok kalo nk duduk kaki lunjur, duduk bersila mmg tak lepas la. laei sekali aku rs sesuai untuk size Asia, cemana la mat saleh yg panjang2. Aku cube menerima kenyataan dan terus tido.
Ticket and katil tingkat 3

Day 6 - (Transit HCM) > HCM

Tido bangun tido bangun tak sampai2. Mengikut ramalan, patutnye kul 1PM da sampai. Aku bangun2 tengok sebelah, bole je baby ne naek tingkat 3. Ini memang muslihat derang, nk yg mahal tapi bayar murah. Aku malas turun sbb aku tatau kt luar cemana pastu laki dia ne pulak suka duduk dekat pintu. Tgh2 aku tido2 ayam, sekali aku dengar ada bunyi burung berkicau. Heran ne, aku pandang bawah, si-kuang-ajar punya laki siap bole maen2 burung laei. Ko bole bayang tak weh, kabin tutup rapat ber'ekon', dia pulak bole bwk haiwan berbulu masuk. Rupenye malam tadi da ada cume aku tak perasan. Aku terus panggil derang ne family-from-hell. Family-from-hell ne memang pengotor, aku tgk sampah teruk gile, dia pn dengan rambut penuh biskut bole buat2 cantik lak.

Gondols buat keputusan utk lepak luar kabin sambil makan biskut. Luar kabin pn depan pintu kabin Gondol-1/2 ja pun. Laluan agak sempit, pelancong laen kalo lalu takde pn nk langgar2 tapi bangsa dia ne, habis sume orang dia sapu, bahu takmo pusing langsung. Tengah2 mengumpat bahasa melayu, tetibe makcik kabin Gondol-1/2 ne, dia bangun pi bukak tudung aku dari belakang. Aku tergamam, terus "Woi woi, abes aurat aku ne", pastu dia sengih. Aku telah dicabul. Tak cukup dengan gangguan itu, ada sekali tu, aku pegang biskut Ritz sbb tu je pn makanan yg ada, makcik-selak-tudung cube rampas biskut aku sbb nk tgk plastik pembalut. Sampai sekarang aku tatau motif dia. Susah asik kena langgar ja, Gondols amek keputusan untuk sambung panjat kabinet dapur semula, aku balik kabin aku. Tetibe aku dengar orang muntah, sekali aku tgk, si-kurang-ajar tengah muntah atas katil tapi tadah beg plastik. Kembang tekak weh. Ada laei, dalam kedap udara tu, bole pulak dia beli sotong. Sume sedia maklum bau sotong kering mmg agak kuat. Sabar je la.

Sarapan/makan tengah hari kami dan katil tingkat 2
Kabin Gondol-1 dan Gondol-2 jauh lebih bersih, ada jugak bangsa dia yg bersih, peramah lak tu. Tapi Gondol-1/2 cakap derang macam ayam itik la. Gondol-2 menyamar umur 15tahun, aku lupe teknik penyamaran Gondol-1 tahun berapa. Lepas hentian Nha Trang, dua orang penumpang turun, so aku cepat2 masuk kabin derang dah tak payah aku nk jumpe family-from-hell laei. Makcik-selak-tudung ne pelawa makan anggur dia, derang makan anggur tapi kopek kulit. Makcik-selak-tudung nk keluar, ke tandas barangkali, tibe2 dia pegang dada Gondol-x tunjuk atas meja, makcik ne naseb ne negara dia, kalo mesia da kena lempang da kot.

Dekat kul 5PM baru sampai HCM, hujan lebat gile dekat luar. Yg aku heran ne, orang tukang antar pn bole naek kabin. Sedara makcik-selak-tudung ne ada 2 orang masuk kabin. Takde pemberitahuan da sampai stesen mana ke hape, main agak2 je la da sampai. Tgh2 kalut, makcik-selak-tudung ne tepuk punggung aku. Sah! makcik-selak-tudung sebenarnye ialah makcik-luncah! Aku benci!

Pintu gerabak dengan pintu masuk stesen jauh gile, da le hujan lebat, mmg basah gile. Rezeki kami murah, dapat teksi tak lama lepas tu teksi ne tak tipu (VND101,000 sampai District1).

Hostel sangat okay, cume bilik masuk air tapi tak kena harta kami. Okay, hutang dengan tuhan banyak gile, Zohor+Asar+Magrib+Isyak+Subuh+Zohor+Asar. Aku terpaksa letak tuala kecik kt bahagian lutut sbb osteophorosis. Kedai makan halal dekat ja, 10m dari hostel. Kami makan briyani ayam dan udang malam tu. Sedap dan banyak. Tak amek gambar la pulak.

Jadual memang lari gile. Plan asal ketapi cume 14jam, tapi sbb ribut semalam kami sampai selepas 20jam. Selama 20jam itu jugak la aku tahan rongga2 badan laei sekali kerana faktor kebersihan.

Day 7 - Ho Chi Minh > KUL

Kami terpaksa batalkan niat ke kawasan luar HCM sbb masa tak mengizinkan. Pagi2 kami kuar carik konon2 nk carik makan tapi kedai tutup. So kami terus pusing HCM berjalan kaki. Ada rakan senegara ckp, dia upah pemandu USD45 untuk pergi tempat2 yg kami jalan kaki je ne.
Reunification palace VND30,000
Cong Xa Pari, Notre Dame Cathedral, Post Office

Kami makan tengahari di VN Halal dulu baru pi beli belah di Ben Than Market. Agak mahal dan sedikit dari kedai briyani semalam VND555,000.

Antara barang yg bole di beli di sini ialah Kopi G7 dia mmg gelemer, kerepek nangka, biji teratai, telekung, beg, t-shirt, fridge magnet, baju kurung siap, kaen cotton, kasut, pisang kaki (Gondol-1 beli). Pandai2 la ko tawar menawar Senah. Masa beli telekung, aku saja tanya samaada dia islam ke tidak, sbb jual telekung kan, mestila suci murni. Lepas da beli sekeping dua, masa nk bla tu, bole pulak aku ckp, "Jumpe lagi eh, next time saya datang awk da pakai tudung", aku heran molot aku ne kadang2 tatau dapat arahan dari mana.

Orang kata dia beli beg Deuter original kt sana murah, terus terang aku rasa orang tu da kena tipu. Kami carik kedai tu tapi tak jumpe, so kami ty "Ne original?", cam biasa la, puak penipu mmg ramai, yg sekali tu, dia letak terus USD95 dia kata ori, pastu belek2 Gondols tengok tali cam laen macam, aku tak berapa tere Deuter, tapi aku tau Crumpler, so aku ty dia, "Crumpler ori?", dia jawap "Yes", memang silap la kan, kami terus bla camtu ja, dia terus turun harga USD50. Sori, tak layan.

Kelam kabut nk kejar masa, stop last Gondols beli t-shirt untuk keluarga. Aku pn beli la sbb duit byk tak sempat nk beli brg laen ne. Time byr tu aku terbagi VND500,000 pastu aku jalan ja. Ada satu pekedai yg baek ne, dia panggil aku pulangkan duit, pastu dia nasihatkan aku supaya berhati2. Dia panggil Gondol-1 suruh tengok2kan aku sbb aku macam baby. Dia ckp eh, bukan aku reka cite.



Kami da book teksi pi airport dari hostel semalam. So kena sampai hostel balik kul 2PM. Penerbangan balik kul 4PM. Tak sempat gile dekat market tu, so dalam kul 1:30PM kami tergesa2 nk balik hostel. Nk cepat so kami amek teksi depan pasar. Aku sangsi dengan meter, so aku tgk meter zero laei. Sampai je hostel sekangkang tu, tetibe meter dia VND270,000, bersamaan dengan jarak perjalanan dari 2 kali pergi balik dari stesen ketapi ke hostel semalam. Kami terus mengamuk. Mula2 berkeras nk repot polis, tapi si-selenga tu buat muka normal rakyat dia. Bebel gile sambil lambat2 kuar kan duit. Dalam poket aku cume ada VND200,000, Gondol-1 campak VND100,000, si-selenga sempat pulangan VND30,000. Aksi campak mencampak ne hanya berlaku bila interaksi kami bersama keturunan taxi-from-hell. Masa turun kete tu Gondol-1 hentam pintu kete kuat2, satu jalan Pham Ngu Lao derang suara.

Akhirnye kami berjaya kembali ke tanah air dengan selamat. Rasa masa jejak kaki tu nk nyanyi lagu "Malaysia kite sudah berjaya.." sambil pegang2 tangan orang sebelah, buat ombak sambil cakap "Yes! Yes!". Naek je teksi aku terus tanya, "Pakcik, apa kabar mesia?", gaya macam pergi setahun kan. Kami pn kongsi cerita kt pakcik pasal pemandu teksi kt sana, ayat akhir aku "Saya doakan diorang sume mati", pakcik terus menasihatkan kami dengan ikhlas. Aku dan Gondols tunduk kekesalan. Menyesal sbb cakap kt pakcik bukan sbb kesal doakn mereka mati.

Kesimpulannye, kami agak tertekan dengan kerenah masyarakat di sana. Tapi selalu diatasi dan diselangi dengan gelak tawa kami sesama sendiri. Tidak jugak kami lupakan saat indah di sana, bersama beberapa orang Vietnam yg baik hati. Tidak begitu terikat dengan plan, dan kami berjaya jimat dari budget asal walaupn begitu banyak dugaan berlaku. Tak sabar nk tunggu percutian seterusnye.

8 comments:

  1. Selepas trip ini, saya berasa insaf dan bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang beragama Islam yang bersopan santun (exceptional di Vietnam) dan dilahirkan di bumi yang bertuah berserta dengan masyarakat pembersih dan bertamadun. Walaupun ketamadunan kita tak setua tamadun di negara pakcik-kacang,tp saya bersyukur kerana tinggalan afamosa yang secoet tu pon kita jaga beria. Saya berasakan jika citadel itu berada di negara kita, mesti berkilat lagi batu batan bangunan tersebut kita jaga. Tak tau la pasal depa tak de duit ke atau memang tak reti jaga khazanah negara.
    Akhir kata, sayangilah negara anda dan selamat mengundi di PRU13
    Sekian
    Gondol-1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama weh, cume berharap rakyat kite tidak layan warga pelancong dengan perangai buruk. Kalo tidak, negara kite sama je weh.

      Delete
    2. Aku rasa orang kite tak buat macam tu kat orang luar. Jarang la nampak. Kalo ade pun memang orang batak kot.

      Delete
    3. ko orang tolong tak kt sana pekza?

      Delete
  2. Sekarang aku nampak pelancong baca map pon aku rasa nak tolong. Hahaha

    ReplyDelete
  3. hujan emas di negeri org..hujan batu di negeri sndri.. :))

    ReplyDelete